Thursday 6 March 2014

mungkinkah aku..?

Hari yang damai. Jalan raya masih sesak dengan kereta-kereta menuju pejabat. Isu kenaikan harga barang masih hangat diperkatakan. Ibu-ibu di rumah juga masih sibuk dengan gosip-gosip tingkap sebelah rumah. Artis-artis dan krew-krew mereka masih dalam rakaman drama adaptasi novel terbaru yang sedang laris di pasaran.


Tiba-tiba sesuatu berlaku. Ketenteraman masyarakat jadi terkocak dengan berita-berita tergempar itu!


"Ehhh ada fahaman baru tolak hadis lahh."
"Uishhh apa yang dia cakap tu? Hadis tak ada guarantee?"
"Eh kau tak tau ke isu hot sekarang ni? Isu hadis nabi palsu tuu…?"
Yang lagi parah : "Eh betul gak apa yang dia cakap."
Dan :" Err hadis tu apa?"


To be frank, saya sendiri tak ada jawapan untuk persoalan-persoalan yang ditimbulkan kaum keluarga Kassim Selamat itu. Rasa ngeri pun ada. Takut-takut hati kecil ini goyah. Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala tho_atik ! Tapi untuk membiarkan semua ini berlalu tanpa ada jawapan, itu bukan saya. Moga-moga kita semua dapat mencari jawapan untuk semua kacau-bilau ini.


But somehow, ada juga yang baik dari apa yang berlaku ini. Semua orang seolah-olah baru tersedar, bahawa ;
-Eh hadis ni pegangan kita juga, kan?
+Mestilah kau fikir apa..?
-No-no just baru teringat.
+Samalah kita.

Cehh.


Alhamdulillah. Setidak-tidaknya apa yang berlaku ni ada hikmahnya. Ramai yang mula mencari kembali hadis itu apa. Hadis shohih itu bagaimana. Hadis hasan itu apa tandanya. Hadis dhoif, boleh atau tak beramal dengannya. So on.


Terbukti sudah, harimau kita yang selama ini tidur enak makan KFC dan McD baru terjaga dan mengaum dengan garangnya!



Dan harimau kita bertambah-tambah terkejut lagi pabila terdengar pula kes-kes Al-Quran dicampak dan dikoyak-sebarkan di dua buah masjid dan tandas sekitar Terengganu. Aduh sakitnya hati! Agama seolah-olah diperkotak-katikkan. Sensitiviti  setiap dari kita seolah-olah dicabar dengan ganas tanpa belas. Mujur ada rondaan yang dibuat malam hari. Dan mujur juga ada rakaman litar tertutup CCTV. Suspek berjaya ditangkap. Siasatan lanjut dijalankan. Hasilnya, berkemungkinan suspek itu mental. Mujur juga dibuat oleh orang yang kurang berakal. Eh mujur lagi…?




Bagi saya, dua buah kejadian berasingan yang sangat berkaitan dengan asas pegangan ummat Islam ini diolah dengan cara yang begitu unik sekali oleh Tuhan.


Mungkinkah ini teguran halus dari DIA?


Tidak keterlaluan kalau saya katakan, apa yang terjadi itu sebenarnya sudah lama berlaku dalam masyarakat ini.


Hadis ditolak. Al-Quran dikoyak. Kedua-duanya dihina dan diperkotak-katikkan. Sama tarafnya dengan lantai tandas pula tu.


Hakikatnya, bukankah itu simbolik bagi apa yang sedang kita lakukan sekarang?


Lafaz syahadah diucap tanpa ditunaikan tuntutannya.

Solat entah ke mana.

Zakat puasa haji.

Masih ada lagi yang tidak tutup aurat.

Bercakap kotor.

Tak menjaga pandangan.

Keluarga yang berpecah belah. Bukankah nabi sudah ajarkan keluarga yang sakinah..?

Rasuah dan riba menjadi makanan harian.

Masyarakat Islam berpecah belah.

Kaum wanita hilang kewanitaannya.

Kaum lelaki hilang kelelakiannya.

Amanah ditunai sekadar melepas batok di tangga.

Hudud? Bukan dalam Islam katanya.


Dan orang yang mempraktikkan isi Al-Quran dan Al-Hadis sepenuhnya dipandang jumud dan kuno. Apakah??


Bukankah semua itu terdapat dalam Al-Quran dan hadis? Ada sesiapa nak bangkang hakikat yang satu ini?



Yeahh. 


Mungkin tidak keterlaluan untuk kita sama-sama kembali fikirkan, mungkinkah aku golongan yang ‘menolak’ hadis itu? 


Dan mungkinkah aku golongan yang ‘meletakkan’ Al-Quran di tempat yang terbawah sekali itu?


1 comment: