Saturday 7 June 2014

Manusia



Hei manusia !
Kau tak ingat ke sebelum ni kita langsung tak wujud?
Tak wujud yang mustahil langsung untuk disebut?
Kau tahu kenapa kita diciptakan dapat mendengar dan melihat?
Sebab Dia nak uji dengan perintah dan larangan !

Kau tahu,
kita sentiasa diberi pilihan,
baik atau buruk.
Yang baik tempatnya baik,
sebagai tanda amal diterima.
yang buruk tempatnya pun buruk.
Tanda apa? Tanda Dia tidak menerima !

Hei manusia !
Terlupa ke Dia ada turunkan arahan dan hikmah dalam kitab-Nya?
Patuh semua arahan-Nya dalam tu.
Dan kalau dah tak tahan pun, Dia tetap suruh sabar !
Dia tetap larang kita dari ikut jalan orang yang berdosa dan kufur !
Sebab apa?
Sebab orang yang kufur tu tak ingat hari pembalasan pun !
Sebab orang yang kafir tu hanyut dalam permainan dunia
dan lupakan Dia dan hari yang dijanjikan-Nya !
Sedangkan kau tahu, Dia yang cipta kita.
Dia yang kuatkan sendi kita.
Dan kalau dia nak padamkan kita
dan ganti dengan sesuatu yang lebih baik pun Dia mampu lah !

Kenapa? Tak percaya?

Hei manusia..
Ketahuilah bahawa ini adalah peringatan..
Sesiapa yang menginginkan Tuhannya, pasti dia mencari jalan..

Tapi ingat..
Kita takkan mampu menempuh jalan menuju Tuhan
kalau Tuhan itu sendiri tidak mahu kita..

Kerana Dia itu-lah yang lebih tahu dan bijaksana..
Dan Dia memasukkan orang yang Dia kehendaki dalam kasih sayang-Nya..
Dan orang yang zalim itu baginya azab yang pedih..

[76]

Dan sesungguhnya... aku adalah manusia.

Friday 6 June 2014

JKP Asasi : Aplikasi Ibrah Pahit Yang Tersembunyi !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)

Waa entah sape la yang jawab salam ni haha.
Huhu.

2 minggu sudah berada di PASUM.
Banyak sangat perkara terjadi.
Banyak sudah diri rasa terjatuh tak mampu nak berdiri.
Perasaan tunggang terbalik.
Study ke mana amanah ke mana.
Serabut !

Banyak perkara terjadi,
maka banyaklah ibrahnya.

Allah..
Banyak sampai tak mampu nak susun dengan baik
dan aplikasi dalam kehidupan mendatang.

Aku bukan budak baik pun :(
Selalu je gagal nak ingat Allah setiap masa.
Selalu je tak mampu nak ingat Rasulullah yang 
berjuang semata-mata untuk aku (baca : Ummat)
Selalu je hilang arah.
Selalu je rasa tak terpandu.
Dan selalu je biarkan diri hanyut,
tak cuba untuk bangkit langsung.
Selalu je mengabaikan Dia dalam hidup.
Selalu je meletakkan harapan pada makhluk.
Selalu je.

Tapi aku pun tahu..
Aku masih punya harapan.

Bak kata Hilal Asyraf,
"Untuk kita pendosa, harapan selalu ada."

Haha. Lari tajuk sudah.
Takpelah. Dilarikan oleh rasa yang mencengkam.



* * *



Aku percaya aku diperhatikan Dia.
Aku percaya walau jauh mana aku terjatuh,
Dia masih melihat hamba-Nya di sini.
Aku percaya walau sakit mana aku rasa,
Dia masih ada untuk aku,
walau aku selalu terlupa.
Aku percaya di setiap ujian yang ditimpa,
Dia sedang menguji.
Dia sedang melihat reaksi hamba-Nya.
Aku tahu setiap kali Dia timpakan aku perasaan yang tak sepatutnya,
Dia sedang ingatkan aku bahawa hanya Dia yang layak diletak harapan.
Hanya Dia yang layak dicinta.
Aku tahu.

Aku tahu tiap kali aku keliru,
atau aku serabut dalam membuat pilihan,
pasti Dia sedang memerhatikan aku
"Adakah hamba-Ku meletakkan Aku dalam pilihannya?"
Aku tahu.

Aku tahu setiap kali aku meminta,
pasti Dia akan membalas.
Setiap kali aku meminta petunjuk,
Aku tahu Dia pasti akan sampaikan tanda-tanda-Nya.
Aku tahu Dia memerhati.
Sama ada aku akan membiarkan petunjuk itu
atau mengambilnya sebagai panduan hidup aku.
Sama ada aku buka mata untuk melihat petunjuk tersebut,
atau membiarkan sahaja diri dikuasai perasaan.
Aku tahu.

Dan aku tahu..
aku akan menyesal kalau aku membiarkan
semua petunjuk-Nya.



* * *



JKP Asasi : Aplikasi Ibrah Pahit Yang Tersembunyi !

Aku ada banyak pengalaman.
Banyak yang manis.
Tapi yang pahit itu masih menjadi igauan dalam hidup aku.
Dalam hidup, kena pandai ambil ibrah dari pengalaman.
Terutamanya aku.
Kalau malas nak ambil ibrah dalam hidup,
sampai bila-bila pun aku akan mencipta sejarah hidup pahit yang sama.

I can't lead.
I know deep down in my soul,
I am a fragile one.
I can try to be a good friend,
or a good supporter,
or a good companion,
but not a leader.
NEVER !

Aku bukan macam dia.
Yang positif setiap masa.
Sanggup abaikan akademik.
Bukan dia yang mampu menjadi orang di atas.
Yang punya semangat dan keazaman yang tinggi.
Yang susah untuk dipatahkan oleh orang lain.
Aku bukan dia.

Ini aku.
Aku. T_T

Walau betapa banyak kata semangat dari orang sekeliling,
tetap tak akan melupakan aku tentang kegagalan aku pada masa lalu.
Kegagalan yang buat aku trauma untuk mencuba lagi.
Penat mencuba ke, Thiyah?
Bukan penat mencuba.
Tapi penat bila rasa terkilan itu mencengkam.
Sakit. Rasa gagal.
Aku tahu manusia akan up dan down.
Akan ada turun naiknya.
Tapi aku pun tahu setiap manusia itu berbeza.
Kemampuan orang berbeza.
Kalau tak,
takkanlah aulawiyat untuk setiap orang berbeza, kan?
Kalau tak,
Takkanlah nabi menghalang Abu Dzar sahabat-Nya daripada
memegang amanah, kan?
Cukuplah dengan apa yang aku belajar dalam agama langit ini.
Cukuplah dengan ibrah yang aku kutip dalam Sirah Junjungan itu.
Cukuplah dengan cubaan-cubaan aku yang gagal dalam hidup.
Cukuplah dengan rasa terkilan dan duka yang tak mampu terhilangkan ini.
Cukuplah.
Biarlah aku mencuba di penjuru yang lain pula.
Mungkin memang tempat aku bukan disini?
Kenapa terlalu berkeras untuk berada di tempat eksklusif ini?

Dan aku juga tak mampu nak abaikan petunjuk direct
yang datang tiba-tiba.
Borang jatuh celah katil
dan terpaksa isi lagi sekali.
Bukan petunjuk ke tu?
Petunjuk supaya aku melepaskan ia pergi..
Dan rasa hati yang sentiasa berat.
Kata dia, mungkin dosa tak terampun yang mengekang
amal baik yang kita nak buat.
Tapi bagi aku,
amanah itu bukanlah 'baik' untuk aku yang fragile ni.
Dan aku juga meminta diberi petunjuk.
Takkan bila dah ditunjuk terang-terangan,
aku masih nak menidakkan
dan membuat bodoh?
What is the purpose of prayer then?



Atau mungkin,
berikanlah aku masa.
Biar aku rawat rasa ini.
Biar aku buang rasa negatif ini.
Biarkan aku.


* * *


Ahh after all,
aku masih boleh berusaha di tempat lain.

Walau aku tahu ramai yang makan hati dengan tindakan aku.
Dan mungkin akan ada yang menjauhkan diri selepas mengetahui keputusan aku.
I've made my bed.
And I have to lie on it.

Maaf, kawan-kawan.
I know myself better.
Please know, this is not a betrayal.
Sebab tukang kumpul borang tak hantar pulak.
Ahh sape suruh hangpa kumpul kat aku? T_T
Bukan aku yang minta hangpa isi kan? Uwaa.

Dan jauh di sudut hati..
aku lebih rela dimarah daripada gagal
melaksanakan tanggungjawab aku..
Tanggungjawab yang kalau diletak pada gunung,
akan hancur lebur ia kerana tidak mampu..



* * *


Ok the next step.
Jujur pada mereka,
sahabat-sahabat yang 'ditipu' oleh aku.



* * *



Dan aku harap aku tak salah dengar.
Yang jemaah tak mewajibkan kami ambil borang JKP.
These are all only advices.
Kan? Huu.
Harapnya lah.
Kalau tak jadi penderhaka pulak aku.

Nauzubillahi min dzalik.

Allah, pandu aku dalam langkahku..
Jangan tinggalkan aku dalam urusan diriku sendiri
walau dalam kadar kerlipan mata
atau lebih sedikit dari itu..
Ameen..


*simpan borang JKP elok-elok dalam fail peribadi
and never to bring it out again*