Monday 3 March 2014

260513 - 230214 : A Memoir



9 bulan yang sangat berharga.    
Kenal bumi tarbiah dengan ertinya yang sebenar.    
Kenal murabbi-murabbi yang memang terzahir keikhlasannya hendak melihat generasi ini berilmu dan berjuang , 
meneruskan dan menghidupkan legasi Islam.    
Kenal sahabat-sahabat yang sangat awesome
hati suci bak nilam puri, 
memang perumpamaan yang agak melampau tapi aku juga terperanjat dengan mereka yang sebegitu baik.


Disini juga aku belajar erti perjuangan.     

Yang tak dibentang karpet merah.     
Yang menyingkap persoalan-persoalan yang mindaku tak pernah terungkap.
Perjuangan yang dilalui nabi , sahabat-sahabatnya , salafussoleh , tabi'in , ulama'-ulama' dahulu dan kini,     
Dan kini, aku berada disitu.     
Walau di pentas yang sangat kecil, sangat.
Hakikat perjuangan yang dengannya aku faham,     
dunia ini memang penuh dengan penipuan dan tipu muslihat,     
membuatkan mata hati dan mindaku sedar sedikit demi sedikit,     
tiada apa yang kebetulan di dunia ini.


Disini juga tempat membina pengalaman. 

Aku belajar mengurus mata dan hati. Belajar mengurus manusia,     
Yang Maha Suci ALLAH berbagai-bagai tabiat dan kehendaknya.
Belajar berdiri di atas kaki sendiri,     
membuat keputusan yang kerap bermain antara landasan syurga dan neraka.
Belajar untuk membuat kesalahan,     
dan menghadapinya sendiri.
Belajar membeza antara yang baik dan terbaik.


Belajar dan belajar.

Hakikat yang membuat hatiku tenang setiap kali langkahku pincang.


Belajar bertahan.

Bertahan dengan pandangan yang menjatuhkan.       
Kata-kata yang menjatuhkan.
Bertahan dengan dunia yang makin lama seolah-olah lupa asal wujudnya.
Bertahan dengan emosi dan hati yang kerap dibolak-balikkan.
Bertahan, untuk menjadi yang lebih baik di mata DIA.
Aku kerap jatuh. Aku tahu.
Tapi aku jua tahu aku tidak perlu memberitahu kepada siapa-siapa bila pula aku bangun.


Disini juga aku belajar melihat sesuatu perkara dari ruang lingkup yang lebih luas.

Aku juga belajar menerima pandangan orang dari sisi yang berbeza,         
dan hakikat bahawa manusia itu memang berbeza.


Aku belajar, aku betul-betul belajar.

Dan betullah, jawapan itu bukan sekadar di skema jawapan.
Dan ujian itu bukan sekadar di kertas ujian.
Aku belajar, maka aku diuji.


Gonna really miss this blessed land.



Semoga Allah memberkati tanah ini,

dan melindungi ahli-ahlinya dimana sahaja 
mereka ( kami, aku, dia, kau) berada.


ALhamdulillah aku pernah berada disini.

Dan alhamdulillah juga, aku akan pergi dari sini.
(for good bi iznillah)


Sayunya hati nak pergi,

tapi kalau diberi pilihan 
aku akan tetap akan pergi.



Akan kusebarkan keindahanmu, NP :)

     

No comments:

Post a Comment