Sunday 24 August 2014

ThrOwBacK

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar..

Semalam survey Sungai Congkak.
Ya Allah, teringat Tamrin Nuqaba' dulu.
Rindunyaaaa :'(
Sungguhla, pengalaman memang menguatkan.
Tak tahu camne nak menyatakan rasa terima kasih ni pada murabbi-murabbi kat sekolah
Betapa bersungguhnya mereka nak beri kefahaman Islam yang sebenar kepada anak-anak mereka

Teringat waktu sesi tapisan untuk jadi pimpinan sekolah dulu
Antara soalan yang ditanya ;
"Awak pakai tudung apa kat luar?"
"Awak pakai stokin tak kat luar?"
"Family awak suka pergi kuliah agama tak?"
"Solat berjemaah tak dirumah?"

Teringat waktu sesi silap mata dalam kelas PSI dulu
"Siapa yang dating dengan Allah tahajud tadi, boleh duduk."
"Siapa yang sekurang-kurangnya 3 kali dhuha minggu lepas, boleh duduk."
"Siapa yang tak siapkan amanah PSI yang saya beri, kumpul kat luar, kita tawaf Raudhah."

Teringat waktu Liqa Nuqaba' setiap rabu tu.
Kata-kata taujihat dan semangat serta sokongan moral yang ustazah beri
Untuk sama-sama teruskan usaha mengislahkan adik-adik usrah
Setiap permasalahan kami bincangkan
Korbankan waktu prep hingga habis waktu untuk perkara tu.
Takbir wida' bersama sahabat-sahabat naqibah setiap kali permasalahan terasa semakin mencengkam.
Sama-sama buat perjumpaan tergempar bila macam-macam perkara terasa tiba-tiba menguji
Dengan mereka jualah, sama-sama meronda sekolah waktu prep
Melihat-lihat adik usrah kesayangan yang mungkin terlupa ikhtilat atau aurat
Sama-sama suruh menjauhkan tempat duduk antara putera puteri mana-mana yang ter-rapat
Kadang-kadang berlakon dalam masjid atau construct explorace waktu usrah
Sama-sama tawa dalam kelat bila dengar adik usrah menyorok dalam tandas, takmau pergi usrah

Teringat pula sahabat-sahabat exco
Mereka yang tabah menahan kantuk lepas Al-Mulk tiap-tiap malam
Dalam keadaan gelap macamtu
Berbincang semula apa yang berlaku di sekolah dan asrama
Air mata memang jadi peneman setia
Saling mengingatkan dan menguatkan
Mereka yang sama-sama tahan ditengking dengan junior
Mereka yang sabar menjaga pagar dan membuat pengumuman setiap kali waktu solat
Mereka yang sama-sama saling senyum dalam kepahitan bila dengar orang membenci tindakan kami
Mereka yang sangat tabah menahan caci maki orang di luar, bila masuk dorm je terus burst.
Teringat waktu main polong lepas SPM
Buat kad raya untuk guards dengan DM
Tidur rumah warden sambil makan maggi tomyam dan cerita seram memalam
Beraya rumah Teacher Mai
Buat inspection tiap kali ahad
Tiap kali kucing masuk bilik dan buat onar
Stay up waktu malam sambil makan kerepek dan bercerita
Saling kejut untuk tahajud bila cuma tinggal 10 minit sebelum waktu subuh
Sama-sama dhuha waktu rehat

Throwback.

Throwback.

Ya Allah, betapa cantiknya kau susun garis hidupku
Pengalaman demi pengalaman Kau aturkan
Bertemu dengan sahabat-sahabat yang sama rapuh tapi enggan jatuh goyah
Kau biarkan aku merasai biah solehah yang silih berganti
SEPINTAR
KEM PLKN Karisma
Nilam Puri
Dan kini, Kau biarkan aku terikat dengan jemaah

Ini cuma secebis kisah tentang bumi tarbiyyah aku yang kedua selepas rumah tersayang
Belum lagi kisah di PLKN
Belum lagi kisah di Nilam Puri
Belum lagi kisah tentang jemaah

Dan sekarang aku sedang mencipta kisah seterusnya
Banyaknya perkara yang aku tersasar
Tapi Kau sentiasa tarik aku semula

Ya Allah..aku masih belum cukup bersyukur..
Kuatkan aku Ya Latiff..



Sudahlah Athiyah. Mari teruskan perjuangan. Go go fighting ! ^_^


"Program Leadreship Outreach" @ Gunung Jerai, 2011

Hari Terakhir di SEPINTAR , 2012


Program Ihya' Sunnah, 2011

Choral Speaking, 2009
Graduation Day, 'Sirih Pulang Ke Gagang, 2012

Iftar Elves, 2013
Magnificent Se7en, hihi ^_^
Haunted House, 2009