Monday 31 March 2014

Ada Apa Dengan Tamrin ?!




Arruhul jadeed, fi jasadil ummah..


Pertama kali dengar perkataan keramat itu, tangan dengan lajunya menyelak kamus Bahasa Arab – Bahasa Melayu kepunyaan rakan.

Ohh, ‘tamrin’ itu maksudnya latihan!


Hai mujahid luluh lantakan jiwa pendosa..



Pertama kali menyertai tamrin itu ketika umur masih di awal belasan tahun. Tingkatan dua, aku kira.


Tamrin yang diwajibkan bagi semua ahli batch aku yang baru nak up, kata orang.


Buatnya hanya di sekolah. Tapi effectnya, bagi aku memang cukup untuk buat aku nak join tamrin lagi, dan lagi, dan lagi!


Tapi tamrin yang pertama kali ini yang tinggal hanyalah pengalaman pertama kali makan bersuap menggunakan talam, pertama kali beriadhah menggunakan baju kurung, dan pertama kali dikenalkan dengan Darul Quran.


Kerana rupa-rupanya selepas itu, aku memang ditakdirkan untuk menyertai tamrin yang pelbagai bau dan rasa, dengan pelbagai jenis ibrah dan hadafnya!



Kami petualang mencari kebenaran.. 
Mencari makna serta hakikat manusia..




Tamrin ini kalau waktu di sekolah dulu, aku kira sebagai kem kepimpinan, atau kem bina sakhsiah, atau apa-apa sahaja yang hanya bermain di bulatan itu sahaja.

Pertama kali tamrin ini aku lalui di sekolah. Kali keduanya di Sungai Congkak. Selepas itu buat di sekolah kembali. Kemudian ada juga dibuat di Masjid Bandar TAsik Puteri. Dan jujur, aku tak mampu ingat berapa kali sudah aku sertai tamrin..



Kami berjuang menegakkan kehormatan 
Hidup mulia atau mati sebagai shuhada’..




Aku masih ingat kami mandi-manda di sungai sebagai aktiviti riadhah.

Dan soalan teka-teki yang menguji minda menggunakan batu-batu sungai, dan juga potongan-potongan tali rapia, dan kepingan-kepingan kertas mahjoong nipis, dan air bancuhan yang pelbagai bau dan rasa, wekk!


Aku masih ingat lagi sesi muhasabah diri yang sangat menguji mental.


Malam Muhasabah #1


Malam kami dimulai dengan tawa riang di dalam dewan. Kemudian kami diminta berbincang dalam kumpulan. Mahu mulakan aktiviti minda dan mental, kata abang-abang fasililator.


Kami diminta menutup mata. Tangan saling berpaut pada pinggang rakan di hadapan. Sempat dipesan, jangan lepaskan pautan tangan dari pinggang rakan, dan sentiasa ikut arahan ketua dari dalam kalangan kami yang diberi kepercayaan untuk membuka matanya.

Aku mula berdebar. This is something.

Kami berbekal alquran hakiki 
Meneruskan cita dan risalah para nabi



Langkah kami dimula. Berjalan ala-ala bermain keretapi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Cuma bezanya, dulu-dulu berjalan sambil ketawa, di dalam terang, dan dengan mata terbuka. Kini kami berjalan dengan rasa debar yang menggila, di dalam gelap, dengan mata tertutup pula!


Kami berjalan melangkah keluar dewan. Sekejap belok ke sana, sekejap lompat longkang sini. Sekejap-sekejap kami disuruh melaungkan takbir sekuat hati. Dan sekejap-sekejap pula kami disuruh beristighfar di dalam hati. Dan suara saling bertingkah dengan arahan ketua, dan juga laungan takbir dan nyanyian lagu tema dari ‘keretapi-keretapi’ yang lain.


Lama kelamaan kami mula rasakan gangguannya.


Kakak-kakak fasililator mula menarik kami dengan kasarnya supaya berpisah daripada ‘keretapi’ kami. Dan arahan ketua makin lama makin tidak teratur dan berubah. Pernah juga, tersilap mendengar arahan dari ketua ‘keretapi’ yang lain.


Suasana gelap makin dirasakan. Malam makin hening. Cuaca semakin sejuk. Desah nafas resah dari rakan-rakan semakin jelas kedengaran. Oleh kerana aku poyo, maka memang aku tahan dari menzahirkan rasa hati aku.


Kemudian tiba-tiba arahan ketua sudah hilang! Kami terpecah dari ahli kumpulan yang lain!


Suasana panic memang jelas kami rasai.


Kami sandang julukan generasi ghuraba 
Biar saatnya datang kami pimpin dunia



‘’Adik, meh ikut akak.’’ Tiba-tiba satu tangan menarik aku dengan lembut. Aku cuba kenalpasti pemilik suara misteri itu, tapi tangan aku mula ditarik dengan kasar.


‘’Adik, berzikir ingat Allah. Takkan adik mudah-mudah percaya kepada akak ni? Kan arahan nya jelas tadi, dengar arahan ketua sahaja.’’ Suara lain mencelah.


Mula bingung. Tangan aku tak dilepaskan dari rakan di sebelah. Kami tinggal berdua. Dan selepas itu kami cuba menadah telinga mendengar pertelingkahan akak berdua itu.


Akhirnya kami dipisahkan. Mungkin aku waktu itu agak naïf, maka dengan rela hatinya mengikut ajakan kakak itu duduk di bawah pokok renang, sunyi tanpa teman.


‘’Adik berzikir, yakin pada Allah sahaja ya. Akak tinggalkan adik pada Allah.” Dan aku ditinggalkan.
Dalam kekalutan itu (memang keadaan kalut, cuma aku tak pandai nak menggayakan dalam bentuk ayat pula aihh) , kami diarahkan membuka ikatan mata.


Aku gosok mata yang terasa kejap, Subhanallah, kami berada di padang rupanya!



Sempat aku pandang sekeliling, ramai yang berada disini. Ada juga yang baru tiba. Ramai juga yang menangis. Pabila ternampak rakan yang menangis, terus aku teringat bahawa aku langsung tidak menangis, dan lantas aku tersedar bahawa mereka yang susah mengalirkan air mata itu ialah orang yang keras hatinya. Aku cuba rasakan feelnya, tapi hati tetap tak mau menangis. Mahu jumpa budak hingusan yang poyo? Marilah jumpa aku. Sampai ke sudah aku tak menangis malam itu.


Dan malam itu berakhir di situ.


(Ada rakan-rakan yang bercerita, mereka dibawa ke tangki air. Ada juga ditinggalkan di padang rugby berseorangan. Ada yang di-cuci-otak oleh fasi. Ada yang dikutuk dihina dikeji. Ada yang dibawa berjalan-jalan tanpa arah tuju. Mungkin aku antara golongan yang untung, hanya diletak duduk dibawah pokok dan sedar-sedar malam muhasabah sudah berakhir?)



Malam Muhasabah #2

Enam belas tahun. Masjid Bandar Tasik Puteri. Malam yang penat dengan aktiviti yang menjemukan sudah biasa kami lalui..


Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh 
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

...to be continued, biiznillah 

Fellas

Tetapkan hala tuju.




Sory kalau tak faham post aku sebelum nih.


Mase tuh "lalok" tapi masih ingin menulis.


Okay,


Back to topik



--> Apakah maksud "tetapkan hala tuju"???





Bayangkan.... suatu masa nanti,

Anda sudah bekerjaya....., bekeluarga .....

....dan Hari Cuti Sekolah pun makin menjelang..

Anak-anak anda pun bertanya..
"abah2.. kita cuti balik mana nanti?"

Dan jawapan anda.
"Entah laa... Abah pun tak tahu kampung kat mana...
balik je mana2... naik je kereta.... Asal sampai..."





[Tiada HALA TUJU]

.....ASAL SAMPAI SANA......


"asal"







Itulah pemikiran Lapok zaman P.Ramlee


korang boleh bayangkan korang suatu masa nanti berada di mana??






10 tahun lagi..? 5 Tahun lagi??... lagi setahun??? hanya sebulan?????

BESOK pulak???






Tidak kan?


Sebab mentaliti kebanyakan orang hanya ikut arus yang ditetapkan..


Bila ditanya kos apa nak pilih..



" Tengok laa nanti"


"Tunggu result dulu"


"entahlaa DER"


"asal masuk U"


"Asal aku kerja.."





PUNCANYAAAA....


Sebab kita tidak pernah ditekankan isu MATLAMAT..


Yang dipentingkan "ISI BADAN KANDUNGAN":.. Tapi bukan "KEPALA" yang betul.




----->Ya, benar. Isi amat penting.




Tapi apa kepentingan ISI yang HEBAT tapi TAJUK MELALUT JAUH MENYIMPANG??

betulkan??





MATLAMAT = KEPALA

PELAJARAN/PERBUATAN KITA SEHARIAN = ISI BADAN KANDUNGAN





Apa pandangan anda kawan-kawanku?


"kenapa perlu belajar perihal kereta kalau anda nak jadi tukang gunting rambut?




Correct me if i`m wrong..

Correct me if u dont understand..





'Come on, awak semua pelajar global, takkan nak fikir waktu sekarang. Fikir ke hadapan. Jangan ingat sekarang perempuan tak ramai diambil bekerja sebagai engineer, awak nak berhenti sampai sini je. Kita takkan tahu masa depan tu macammana. Tinggalkan pemikiran dari msia, pandang ke hadapan'.



Sentap. Kata-kata dari my korean teacher. Kerana rata-rata di antara kami ramai yang berada di sini atas nama tajaan sahaja.



Tak boleh nak tuding jari kat semua sponsored students macam tu. Bagi aku, betul jugak. Susah nak buat apa yang kita suka kalau takda kertas yang bertandatangan gabenor bank negara tu. Kan?



Just niat belajar kerana Allah.



Tu bukan bermakna tiap-tiap hari kena ucapkan 'aku belajar kerana Allah'.



Tak salah nak ucap macam tu. Tapi bagi mereka yang sukar untuk meletakkan niat 'kerana Allah'. Ada yang tertanya-tanya, macammana nak bezakan niat kerana Allah ataupun kerana benda lain?



Imam Hassan Al-Banna pernah berkata, 'niat kerana Allah bukan sekadar pada kata-kata. Setiap yang terlintas itu niat'.



Kalau kita niat belajar untuk bangunkan Islam, agar Islam dipandang tinggi oleh masyarakat lain atau kita belajar untuk membahagiakan ibu bapa, apakah itu dikatakan bukan kerana Allah, tapi kerana ibu bapa?



'Belajar jangan sebab ibu bapa, belajar kerana Allah'.

Islam banyak meninggalkan nilai. Perlunya nilai, dan bukan pada modelnya.



Apa guna menggunakan nama Islam tapi prinsip dan nilainya terabai?





~ELVES'12, 24 Mac 2014~ 

Sunday 9 March 2014

H.A.R.D



Sedang memikirkan sesuatu.


Memutuskan sesuatu, sebenarnya.


Should I?


Brrrr.


Ini bukan antara hidup mati dah ni.


Ini antara syurga neraka.


Sama ada ia akan timbulkan fitnah atau tak.

Sama ada untuk mengikut arus masyarakat, yang menjadikan banyak benda mudah dan longgar,..

atau mengikut ilmu terbatas yang ada dalam diri ni.




Perlu atau tak ... ?


Hard. This is hard.



Going to mess up with other's heart.




Owww. 




Allah, dengan hati pun aku kalah,..

Saturday 8 March 2014

Perjuangan Belum Selesai



Sejarah gerakan Islam pertama di Malaysia a.k.a Tanah Melayu bermula selepas kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah 3 Mac 1924M / 28 Rejab 1342H . 





Gerakan Islam di seluruh dunia menentang penjajahan barat menjadi kencang bertitik tolakkan semangat Ikhwanul Muslimin di Mesir 4 tahun selepas kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah yang bertahan selama 600 tahun itu. 


'Perjuangan Belum Selesai'


Tidak terlepas di Tanah Malaya. 



Gerakan Hizbul Muslimin diketuai Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 sebelum Ordinan Darurat 1948 digubal oleh British yang membawa kepada ISA.

(British mempunyai pengalaman bertembung dengan parti islam di tempat lain juga, jadi mereka berusaha untuk mengelak bertembung lagi dengan gerakan Islam. Biasalah, agamawan dalam jumlah yang banyak dan semangat jihad yang padu bukanlah perkara temeh kepada penjajah barat. Kebetulan, fahaman komunis datangg. Maka komunis jadi alasan sedangkan mereka memang nak haramkan HM)


Ordinan Darurat ni mengharamkan semua parti berhaluan kiri ( dan tidak semena-mena Hizbul Muslimin pun diharamkan pada Jun 1948 sedangkan HM bukan parti berhaluan kiri. HM parti agama)


Dalam tempoh zaman darurat ini banyak yang berlaku. 300 ulama disumbatkan dalam penjara. Macam2 lah. 


Dalam tempoh darurat ini juga, parti berhaluan kanan (UMNO) diberi ruang yang luas oleh British untuk bergerak. Sebahagian anggota HM yang xditangkap menyertai Biro Agama UMNO bagi meneruskan perjuangan mereka. Tapi kegagalan UMNO menjunjung nilai syariah mewujudkan kesedaran dalam diri mereka supaya mewujudkan wadah tersendiri.


'Perjuangan Belum Selesai'


Maka pada tanggal 24 Nov 1951 satu perhimpunan ulama' , badan2 dan pertubuhan Islam telah diadakan di perkarangan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, PP. 


Dalam persidangan ini, satu keputusan telah diambil bagi mewujudkan Parti Islam Se-Tanah Melayu yang mana telah mendapat sokongan kuat dari perwakilan yang hadir itu.


Maka berterusanlah gerakan Islam di Malaysia selepas itu. 


'Perjuangan Belum Selesai'


Peristiwa 13 Mei 1969 telah merubah landskap politik negara termasuk kpd gerakan mahasiswa. Pas bergabung dengan UMNO. Dalam tempoh itu, suara mahasiswa dan ABIM semakin berkesan dan berlaku transformasi jalur ideologi iaitu Islam perlahan-lahan mengambil alih pengaruh sosialisme Malaysia termasuk di kampus2 universiti.


'Perjuangan Masih Belum Selesai'


Rujukan --> Menerjang Badai : 60 Tahun Mempersada Perjuangan by Riduan Mohamad Nor
*sambungan boleh lihat kat link evernote https://www.evernote.com/shard/s357/sh/46752005-902c-45ac-95ce-01d64f8a36a7/f0d8a1aa18f2e87d20b5a057670f7e86 *




Demi Allah, saya kongsi sikit apa yang saya tahu biar dpt sama2 ambil manfaat nya. Jangan sampai terlupa kita hidup atas muka bumi ni untuk apa.



salah betulkan.allahua'lam.




s :  kalau betul2 gerakan islam PERTAMA bertapak di malaysia selepas jatuhnya khilafah uthmaniyyah.

Abistu, jamaluddin al ghafani, sheikh muhammad abduh nih siapa? Adakah diorang nih bukan pembawa gerakan islam sedangkan ketika itu di negara2 lain telah lama jatuh sistem khilafah.

Termasuk negara kita sendiri memang dah lama terkeluar daripada penakhlukan sistem khilafah. Jadi, maknanya bukanlah hizbul muslimin gerakan PERTAMA yang bertapak di malaysia kan? Ini soalan, bukan bantahan....


j : terima kasih tegur. bnyk gak ralat kat atas tuh.kita bercakap tentang tanah melayu a.k.a malaysia kan?

1. jamaluddin al ghafani, sheikh muhammad abduh adalah ulama mesir. kan? sy xtahuu. (statement anda sendiri mcm bercanggah, maaf. yg first ckp pasal malaysia a.k.a tnh melayu tp prggan ke2 ckp pasal ulama luar dn prggn ketiga ana kurg mengertii)

2. tgok pernggan ke3 post sy, statement 'bertambah kencang' bukan 'baru bermula'. bermakna sebelum itu memang dah bermula di tanah BUKAN melayu hatta di tanah melayu.

3. memang gerakan islam sebelum HM banyak dah. Tok Janggut. Haji Abdul Rahman Limbong. dll.mereka berjuang hendak membebaskan tanah sendiri dari penjajah. dan mereka jua mengibarkan bendera khilafah utsmaniyyah sebagai sokongan padu. dan, pernah dengar atau tak, dengan kejatuhan melaka, maka jatuhlah khilafah utsmaniyyah secara completenya. (ini dengar2, xda fakta) tapi SECARA RASMINYA jatuh pada 1924 dengan pembubaran sistem khilafah oleh mustafa kamal attartuk.


4. dan gerakan islam yang saya faham ialah di satu-satu tempat yang spesifik mestilah ada SATU SAHAJA. ulama2 tu berjuang di tempat masing2 maka bukan dikira gerakan islam tanah melayu tetapi dikira gerakan islam di tempat masing2. bila sebut tanah melayu, gerakan2 tu mestilah ada satu dan bersatu.

Thursday 6 March 2014

mungkinkah aku..?

Hari yang damai. Jalan raya masih sesak dengan kereta-kereta menuju pejabat. Isu kenaikan harga barang masih hangat diperkatakan. Ibu-ibu di rumah juga masih sibuk dengan gosip-gosip tingkap sebelah rumah. Artis-artis dan krew-krew mereka masih dalam rakaman drama adaptasi novel terbaru yang sedang laris di pasaran.


Tiba-tiba sesuatu berlaku. Ketenteraman masyarakat jadi terkocak dengan berita-berita tergempar itu!


"Ehhh ada fahaman baru tolak hadis lahh."
"Uishhh apa yang dia cakap tu? Hadis tak ada guarantee?"
"Eh kau tak tau ke isu hot sekarang ni? Isu hadis nabi palsu tuu…?"
Yang lagi parah : "Eh betul gak apa yang dia cakap."
Dan :" Err hadis tu apa?"


To be frank, saya sendiri tak ada jawapan untuk persoalan-persoalan yang ditimbulkan kaum keluarga Kassim Selamat itu. Rasa ngeri pun ada. Takut-takut hati kecil ini goyah. Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala tho_atik ! Tapi untuk membiarkan semua ini berlalu tanpa ada jawapan, itu bukan saya. Moga-moga kita semua dapat mencari jawapan untuk semua kacau-bilau ini.


But somehow, ada juga yang baik dari apa yang berlaku ini. Semua orang seolah-olah baru tersedar, bahawa ;
-Eh hadis ni pegangan kita juga, kan?
+Mestilah kau fikir apa..?
-No-no just baru teringat.
+Samalah kita.

Cehh.


Alhamdulillah. Setidak-tidaknya apa yang berlaku ni ada hikmahnya. Ramai yang mula mencari kembali hadis itu apa. Hadis shohih itu bagaimana. Hadis hasan itu apa tandanya. Hadis dhoif, boleh atau tak beramal dengannya. So on.


Terbukti sudah, harimau kita yang selama ini tidur enak makan KFC dan McD baru terjaga dan mengaum dengan garangnya!



Dan harimau kita bertambah-tambah terkejut lagi pabila terdengar pula kes-kes Al-Quran dicampak dan dikoyak-sebarkan di dua buah masjid dan tandas sekitar Terengganu. Aduh sakitnya hati! Agama seolah-olah diperkotak-katikkan. Sensitiviti  setiap dari kita seolah-olah dicabar dengan ganas tanpa belas. Mujur ada rondaan yang dibuat malam hari. Dan mujur juga ada rakaman litar tertutup CCTV. Suspek berjaya ditangkap. Siasatan lanjut dijalankan. Hasilnya, berkemungkinan suspek itu mental. Mujur juga dibuat oleh orang yang kurang berakal. Eh mujur lagi…?




Bagi saya, dua buah kejadian berasingan yang sangat berkaitan dengan asas pegangan ummat Islam ini diolah dengan cara yang begitu unik sekali oleh Tuhan.


Mungkinkah ini teguran halus dari DIA?


Tidak keterlaluan kalau saya katakan, apa yang terjadi itu sebenarnya sudah lama berlaku dalam masyarakat ini.


Hadis ditolak. Al-Quran dikoyak. Kedua-duanya dihina dan diperkotak-katikkan. Sama tarafnya dengan lantai tandas pula tu.


Hakikatnya, bukankah itu simbolik bagi apa yang sedang kita lakukan sekarang?


Lafaz syahadah diucap tanpa ditunaikan tuntutannya.

Solat entah ke mana.

Zakat puasa haji.

Masih ada lagi yang tidak tutup aurat.

Bercakap kotor.

Tak menjaga pandangan.

Keluarga yang berpecah belah. Bukankah nabi sudah ajarkan keluarga yang sakinah..?

Rasuah dan riba menjadi makanan harian.

Masyarakat Islam berpecah belah.

Kaum wanita hilang kewanitaannya.

Kaum lelaki hilang kelelakiannya.

Amanah ditunai sekadar melepas batok di tangga.

Hudud? Bukan dalam Islam katanya.


Dan orang yang mempraktikkan isi Al-Quran dan Al-Hadis sepenuhnya dipandang jumud dan kuno. Apakah??


Bukankah semua itu terdapat dalam Al-Quran dan hadis? Ada sesiapa nak bangkang hakikat yang satu ini?



Yeahh. 


Mungkin tidak keterlaluan untuk kita sama-sama kembali fikirkan, mungkinkah aku golongan yang ‘menolak’ hadis itu? 


Dan mungkinkah aku golongan yang ‘meletakkan’ Al-Quran di tempat yang terbawah sekali itu?


Wednesday 5 March 2014

Bila aku nak betul-betul taubat ni weh?



Fatah dah fed-up. Serabut otaknya. Semua yang dilakukan bagai tak kena. Akhirnya dia duduk berseorangan di hadapan meja study bilik A301 itu. Tangannya membelek-belek dan membuka Al-quran tafsir secara rambang.

“Weh jom, futsal ada match dengan FT.” Suara Che’K tiba-tiba menerjah tanpa salam.

“Malas ahh.” Fatah jawab datar.

“Kau pehal?” Gelak confuse. “Dah-dah. No excuse. Team kita tak cukup orang.”

“Aku malas lahh.”

Che’K mendekat. “Kau dah dhuha?”

Geleng.

“Jomlahh. Kau dhuha dulu. Kitorang tunggu.”

“Aku tak nak.”

“Fatah..” Che’K suara memujuk.

Fatah tutup Al-Quran biru dan bangun menghadap sahabatnya yang seorang itu.

“Ehh kau pehal ni?” Che’K riak terperanjat melihat mata Fatah yang sembap. “Nangis ke?”

Diam.

“Kau jangan buat diam camni..” Kerut dahi.

Sesaat. Dua saat.

“Boleh ke nak cakap?”

“You just did, bro. Kenapa ni hmm?.” Tenang datar Che’K bertanya.

Nafas panjang ditarik.

“Kau rasa aku teruk tak?” Fatah memulakan bicara. Che’K jongket kening.

“Teruk apa?”

“Sebagai manusia la..”

“Mana ada lah. Kau antara kawan aku yang paling tsiqqah tau !” Nada berbaur gurauan. Tapi sayang masa tak sesuai.

Fatah geleng kepala.

“Aku banyak buat salah..”

“Rileks lah. Nama pun manusia. Kau banyak buat salah. Aku pun sama. Kau kan cermin aku.” Che’K mencelah.

“Tapi kau lain..”

“Apa yang lain?”

“Kau baik..”

“Eh kita kan sahabat. Aku pun cerminan kau. Kalau aku baik, kau mestilah 10 kali ganda lagi baik dari aku..” Che’K kenyit mata sebelah.

“Hmm..”

“Jangan mengeluh laa. Syaitan suka.” Che’K siku rusuk kiri Fatah. Fatah buat tak layan.

“Aku buat salah banyak. Aku sedar. Then aku janji diri sendiri, tak nak buat camtu lagi dah. But then..nothing changes..aku masih buat benda tu lagi..entah bila aku nak betul-betul taubat ni weh..”

Fatah meraup wajahnya dengan sesak.

 Che’K jadi senyap seribu bahasa. 

Bukan senang Fatah nak buat sesi luahan bicara macam ni. 

Nak-nak pagi ni masih berkabus.  

Che’K bangun dan menatap post-it-note di board gabus biru pekat itu.


“You know what, Fatah.. Allah lagi suka hamba-Nya yang berbuat salah dan bertaubat..” 

Sebelah tangan meraba hasil lukisan atas kertas A5 di board biru itu. 

“Berbuat salah, ingat Allah dan insaf..” 

Sebelah tangan lagi sempat menyusun kembali post-it-note yang berselerak kurang kemas. 

“Tersilap langkah,  patah balik..” 

Pandangan mata Che’K melayang jauh melepasi tingkap bilik, merentasi bukit bukau dan lembah hijau yang indah terbentang di belakang sana. 

“Aku nampak baik sebab Allah tutup aib aku..” 

Dia mengeluh dalam hati..kalaulah kau tahu apa yang pernah kulakukan..


Che’K berpaling dan kembali duduk di sebelah ahli usrahnya itu. Bahunya di tepuk perlahan.

“Kau chill je Fatah. Aku cakap betul ni. Allah lagi suka hamba-hamba Dia yang buat salah banyak, dan setiap kali sedar, bertaubat balik. Insaf tak nak buat lagi dah. Kalau la ada atas muka bumi ni satu bangsa yang sentiasa buat baik, Allah akan datangkan satu kaum yang macam kita ni. Buat salah tak ingat akhirat, bila bertaubat bagai nak rak, esok-esok buat balik..”

Fatah pandang muka dia.

“Apehal kau pandang aku camtu? Luqman Al-Hakim pernah cakap, ada 2 benda yang kita jangan sekali-kali lupakan. Antaranya ialah dosa-dosa kita yang lama. Tapi tak lah maksudnya terlalu ingat salah silap kita tu sampai diri sendiri rasa down. Tu tak betul. Sepatutnya kita kena jadikan dosa kita tu sebagai pemangkin untuk buat baik balik. Tebus benda-benda yang kita dah terbuat salah tu..”

Sebab manusia itu memang fitrahnya tersalah.

Sebab manusia itu memang tiada yang sempurna.

Tiada yang terlepas dari dosa.

Tiada yang imannya sentiasa meningkat seperti nabi dan rasul.

Dan tiada juga yang imannya statik seperti malaikat.

Iman yazid wa yanqus, kan?


“Aku pun banyak buat salah. Banyak kali je aku rasa nak quit. Banyak kali je aku rasa jauh. Rasa like I don’t belong. Tapi Allah ada. Dan lagi satu hakikatnya, Dia bukan sekadar ada, tapi Dia tahu, Dia ampunkan, Dia tunjukkan jalan. As long as kita minta benda tu jadi lahh. Aku sebenarnya lagi jahat dari kau.” Mata memandang Fatah. “Kau je tak nampak.”

Fatah mencebik. “Ye ke?”

“Eh tak la, aku melawak je.” Mata juling ke atas. Automatik tangannya menepuk kuat peha Fatah. “Kau ingat aku main-main ke? Eii sakit pulak hati aku.” Mata menjeling sekilas teman di sebelah.

“Haha.” Fatah gelak kuat.

“Okay dah?” Kening terangkat, bertanya.

“Huhu..better kot.” Fatah mencebik sikit.

Che’K tersenyum nipis.

“Hati yang lembut itu Allah memang jadikan dia cepat menangis. Biar peka dengan keadaan sekeliling. Kuunu kasysyammati finnas. Remember?”

“Yeah.”

Senyum.


“Dah-dah. Dhuha, then turun.”


Tsiqqah : ada autoriti, boleh dipercayai, maruah diri terjaga, bahasa lain ; entiti  muslim yang umphh berjaya (y)
Iman yazid wa yanqus : Iman itu meningkat dan menurun (hadis nabi diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ibn Hibban dari penuturan Abu Hurairah ra.)
Kuunu kasysyammati finnas : Jadilah kamu orang yang peka dalam kalangan manusia.

Tuesday 4 March 2014

Ayat-ayat Cinta :]



Love Letter’s Compilation : ‘Aqidah dan Perjuangan


Al-Baqarah :  147
Al-Baqarah :  148
Al-Baqarah :  154
Ali ‘Imran :  139
Ali ‘Imran :  146
Al-Maidah :  3
Al-An’am :  162
Al-Anfal :  24
Al-Anfal :  15
At-Taubah :  38
At-Taubah :  41
At-Taubah :  71
Hud :  17
Yusuf  :  33
Al-Hujurat :  15
At-Taghabun : 11
Al-Buruj :  8

Sedikit perkongsian tentang dalil atau ayat Al-Quran tentang 'aqidah dan perjuangan. Banyak lagi sebenarnya. Sangat banyak. Tapi, cari sendiri ye ! Yang ni sahaja hasil saya dan sahabat-sahabat lain jumpa dalam masa yang terhad.
'Asallahu yubarik fikum :]

APIDS : Asasi Pengajian Islam Dan Sains



Baiklah, entry kali ni nak share tentang APIDS. Apa tu? APIDS is stand for Asasi Pengajian Islam Dan Sains. Program asasi inilah yang menjadi takdir buat diri ini. Allah telah mentakdirkan saya untuk bergelar student APIDS. 

Nak mula dari mana ya? Okla, pengenalan dulu. Tak kenal, maka tak cinta. ^^


Taaruf APIDS

APIDS ni merupakan salah satu program asasi yang terdapat di Universiti Malaya. Wow, UM tu! UM je.     -_- Dan program ni hanya terdapat di UM. UM saja. Tiada di universiti lain. Serius cakap. Tak tipu. :D

Tempoh program APIDS ialah 2 tahun. Selalunya asasi 1 tahun kan? Tapi APIDS 2 tahun. Sebab, program ni mengabungkan Sains dan Islam. Setahun di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri atau APIUMNP. Tahun kedua di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Bermula sesi 2013/2014, semua pelajar APIDS akan belajar subjek-subjek Deeniah di APIUMNP dan semua subjek Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik & Matematik di PASUM. Thats why, APIDS ni 2 tahun. Kalau setahun, pengsan dulu!





Kelayakan? Boleh semak di UPU. ^_^




Subjek & Madah

Sedikit pencerahan APIDS di APIUMNP. Di APIUMNP, semua subjek adalah subjek Deeniah yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Bahasa Arab! Harap maklum. :) Semua buku teks adalah di dalam Bahasa Arab. Satu pun tak terkecuali. Hanya satu subjek dalam Bahasa Inggeris yakni Foundation English. Antara subjek-subjek di APIUMNP:

(Semester 1)
1. Foundation English I
2. Qawaid Lughah Arabiyah
3. Maharah Kitabah
4. Maharah Kalam
5. Ulum Quran wa Hadith
6. Praktikal Ibadat
7. Ahadith Mukhtarah
8. Fann Tajwid wa Tilawah I

(Semester 2)
1. Foundation English II
2. Foundation English III
3. Al-Balaghah
4. Arabiyah lil Ulum wa Tiknulujiya
5. Madkhal Aqidah Islamiyah
6. Usul Syariah
7. Fiqh Seerah
8. Tasawwur Islami
9. Fann Tajwid wa Tilawah II

Ini pembahagian subjek untuk batch saya. Batch yang akan datang, saya tak dapat jamin sama atau tak. Sistem manusia kan cepat berubah-ubah. Mana nak tahu kan? Untuk subjek Praktikal Ibadat, nama ja Melayu, belajar tetap in Arabic. Nama lain untuk subjek ni, Fiqh Ibadat Tathbiqi. ^^

Untuk di PASUM pula, subjek-subjek merangkumi Biologi, Kimia, Fizik & Matematik. Pembahagian subjek bagi setiap semester saya kurang pasti. Jadi, saya bagitau secara umum je la. :) Oh ya, semasa di PASUM, pelajar APIDS akan dibahagikan kepada Sains Hayat dan Sains Fizikal. Bagaimana pembahagiannya? Bergantung pada minat masing-masing. Di hujung semester 2 di APIUMNP, pelajar APIDS akan diminta mengisi borang sama ada nak pilih Hayat atau Fizikal. Pilih elok-elok na! ;)
Antara subjek di PASUM:

(Hayat & Fizikal)
1. Algebra & Geometri
2. Kalkulus
3. Kimia Asas 1
4. Kimia Asas 2
5. Kimia Asas 3
6. Kimia Asas 4
7. Algebra & Kalkulus
8. Statistik & Keberangkalian
9. Teknologi Maklumat

(Hayat)
1. Biologi Sel
2. Pembiakan, Ekologi & Perkembangan Organisma
3. Fisiologi Organisma
4. Genetik & Teknologi DNA

(Fizikal)
1. Fizik Asas 1
2. Fizik Asas 2
3. Fizik Asas 3
4. Fizik Asas 4
5. Sains Komputer 1
6. Sains Komputer 2

Semua adalah maklumat yang diberikan oleh pihak universiti kepada pelajar dalam buku panduan. 


Lifestyle?

Saya sekadar nak berkongsi sedikit saja tentang kehidupan student APIDS di APIUMNP. Di PASUM? Maaf, saya belum mengalaminya, maka saya tak tahu bagaimana kehidupan di PASUM. 

Di APIUMNP, jadual belajar bermula jam 8 pagi dan berakhir 10 malam. Tapi, bukannya straight 8 sampai 10. Ada juga gapnya.Bergantung pada setiap kelas. Di sini kami panggil majmuah. Tak semua majmuah start kelas jam 8, ada juga start jam 9, ada juga start jam 11! Ada majmuah takde kelas petang. Ada majmuah ada kelas malam. Depends. Ada juga majmuah kelas dari jam 8 sampai 6! Macam-macam bentuk jadualnya. Contoh jadual kelas saya,


Ahad & Isnin malam pula ada KULIAH TAFAQQUH. Yang ni kehadirannya adalah wajib! Rabu pagi pula ada MUNTADA iaitu persembahan pentas dalam Bahasa Arab. Setiap minggu, 2 majmuah akan persembahkan. Semua kena, tiada yang terkecuali. Jangan mimpi nak lari. Ada juga MUNTADA ENGLISH pada minggu-minggu tertentu. 

Kehidupan kolej? Untuk perempuan akan menetap di blok Al-Malik Khalid. Kami panggil AMK. Lelaki, di blok Al-Ghazali, dipanggil ALGHA. Di AMK, setiap bilik ada 3 orang. Saiz? Molek-molek untuk 3 orang. Tak kecil, tak besar. Tapi, kalau susnan perabot pandai adjust, bilik boleh nampak luas! Pandai=pandai la. ALGHA? Maaf, saya tak tahu. Masuk pun tidak. Lalu je. Tapi, dengar kata, 1 bilik 2 orang. Bestnya!

Blok Kelas 

Jarak dari kolej ke kelas sekitar 5 minit. Jalan kaki. Actually, kawasan APIUMNP ni kecil je. Student pun sekitar 200-300 macam tu. Sikit kan? Tu pun, tak semua dikenali. Batch sendri mungkin kenal juga. Batch lain, kurang sikit. Ada dua batch je. Tapi, bermula sesi akan datang, hanya ada satu batch. ^^ InsyaAllah.

Pensyarah? Sangat baik. Seperti mak ayah sendiri. Perkara yang paling sedih nak ditinggalkan di APIUMNP ialah para asatizahnya. Mereka sangat baik, ikhlas mencurahkan ilmu. Tak jemu memberi bimbingan, dorongan dan nasihat. Mereka berusaha bagi result yang terbaik buat pelajar-pelajarnya. Mereka sangat-sangat baik dan sporting! 

APIDS 95 bersama para asatizah APIMNP

Apa lagi ye? Hah, yang paling best! WiFinye. Erk? Nak kata laju, laju. Tapi, ikut nasib juga, kadang-kadang dapat. Kadang-kadang tidak. Bagi yang dapat, untunglah. Yang tak dapat, untung juga, at least tak buang masa mengadap laptop 24 jam. ;) Dan, untuk pengetahuan anda, penggunaan YouTube, diblock pada hari minggu. Hanya hujung minggu je boleh akses YouTube. Harap maklum. 

Pemakaian? Bagi kaum Hawa, adalah menjadi budaya di APIUMNP untuk memakai tudung labuh. Yakni bukan tudung bidang, bukan shawl labuh atau sebagainya. Tapi tudung labuh bulat. Tak bulat juga, majo pakai yang bundar, yang labuh kebelakang. Purdah? Not allowed based on university punya undang-undang. Nak pakai juga, pakai di luar kampus. 


APIDS Family

Family APIDS 95

Ok, kita beralih kepada APIDS semula. Di APIUMNP mahupun PASUM atau UMKL, APIDS merupakan golongan minoriti, makanya APIDS ada grupnya tersendiri. Bahasa mudah, APIDS family. Jadi, APIDS ni ada organisasi khasnya. Bila ada organisasi, ada lah aktivitinya.

Antara aktiviti wajib APIDS, AHLAN. Program AHLAN ni penting sebab ianya wadah untuk pencerahan tentang APIDS dan juga SMPIS (Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains). Biasanya, program AHLAN ni diconduct oleh senior APIDS yang sedang belajar di PASUM. Mereka akan datang dari KL ke Kelantan untuk menjayakan AHLAN. 

Dalam organisasi APIDS, ada beberapa exco, Setiap exco wajib mengadakan aktiviti exco masing-masing. Contohnya, exco kerohanian menganjurkan usrah. Exco sukan menganjurkan riadhah. Exco ekonomi mengadakan aktiviti jualan. Exco multimedia mengadakan sesi tayangan. Dan exco akademik menyediakan nota pelajaran untuk rujukan dan ulang kaji. 


Further Study

Bagi APIDS, mereka sudah disediakan bidang pengkhususan untuk sambung belajar di peringkat Sarjana Muda. Terdapat 6 pengkhususan iaitu:
1. Sains & Pengurusan Alam Sekitar (SPAS)
2. Bioteknologi
3. Genetik & Biologi Molekul
4. Sains Biokesihatan
5. Fizik
6. Teknologi Maklumat.

Untuk perincian tentang setiap pengkhususan ini, saya tak mampu nak kongsikan. Saya sendiri pun tak tahu menahu. Mungkin di UMKL nanti baru saya berpeluang untuk bertanya kepada senior-senior yang telah berkecimpung dalam setiap pengkhususan.

Rasanya sudah panjang sangat tinta saya ni. Cukup sajala setakat ini. Maaf andai kurang memuaskan. Maaf juga andai apa yang dihajati tak dipenuhi. Bagi yang berminat dengan APIDS, boleh isi APIDS dalam borang UPU. Kalau takdir anda di APIDS, APIDS jualah anda. ^^

Wallahu'alam.
Student APIDS 95

kopipasta dari blog sahabat apids juak : http://lakumminna.blogspot.com/ 
vid promo >.< : https://www.youtube.com/watch?v=L1r5MPkD1nE 
coretan dari mereka yang serupa : http://syeraho.blogspot.com/2013/07/teh-tarik-nasi-bungkus-lajnah.html