Wednesday 23 April 2014

From Queensland With Love #2



Tok tok tok !

Ketukan tangan di pintu dengan ucapan salam.

“Fee .. ?”

Aku duduk malas sambil mengemaskan rambut serabai sambil sebelah tangan menahan kuap.

“Waalaikumussalam. An .. ? Masuklah.”

Pintu dibuka ganas. Aku terperanjat sakan.

“Annisa’ ! Buka pintu macam bukan perempuan!” Hilang rasa ngantuk aku.

An masuk sambil tersengih. Tapi sengih nya tak lama.

“Fee! Kenapa kau tak siap lagi? Ada usrah kan petang ni .. ? Bangunnn !!” An sudah mengibas-ngibas tilam ku dengan buku notanya. Gaya menghalau yang sangat tak feymes. Hilang terus cita-citanya nak jadi gadis melayu terakhir. Puiii.

“Eeeii nak geraklah ni.” Aku bangun dari katil. Aku jelling jam loceng kuning kepunyaan Kak Ngah di atas meja studi. 2.50pm. Ahh. 10 minit lagi.

Aku buka loker dengan gaya yang paling malas sekali. Jubah hitam aku capai. Senang, tak perlu gosok.

“Apa tajuk usrah kita petang ni?” An memandang aku tak lepas.

“Sambung yang lepas lah. Usul Isyrin. Sekarang dah sampai usul  9 kan?”

Aku mencemik. “Ahh aku tak ingat lah.”

An jeling. Nota usrah dibuka. “Usul kesembilan. Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah oleh syara’..”

Tanganku menarik laci dan mencari-cari buku nota usrah maroon. Ahh mana dia ni .. ?

“Ala An. Kau baca nota, boleh cakaplah.” An sengih.

“Bak kata Din dekat Jaja..”

“…sengaja sebut supaya melekat di hati !” Aku mencelah laju. Gelak. “Kau, tak habis-habis itu yang diulangnya.”

“Aku suka. Biarlah.”

Aku ikut gelak. “Jom.” Suis kipas dan lampu aku tutup. Tangan baru nak memulas tombol, dah terbuka dari luar. Balqis!

“Balqis. Jom-jom.” An dengan penuh eksaited mengalu-alukan kehadiran Balqis di hadapan bilik aku. Muka Balqis tak berubah riak.

“Kami memang dah janji nak pergi sama pun.” Balqis masih memandang notanya tanpa mengangkat wajahnya mahupun menyahut ajakan An. Muka An dah berubah warna. Terasa hati mungkin. Aku gelak.”Apehal lah korang ni.”

Balqis gelak. Sebelah tangannya menarik tangan An. “Merajuk je budak kecik ni.” Muncung An masih belum ditarik.

Aku sembunyi senyum. “Jom singgah koop. Beli aiskrim asam boy!”


Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya,namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas. Begitu juga dengan usrah. Mereka nampak kita berhimpun, berbincang,tetapi mereka tidak tahu kita sedang membina semula Islam dalam diri kita.’Kenalilah Tuhanmu, Perbaikilah dirimu, Ajaklah orang lain. Tegakkanlah Islam di dalam hati kamu. Nescaya ia akan tertegak di Negara kamu.’-Imam Hassan Al-Banna, Pengasas Ikhwanul Muslimin.





Tuesday 22 April 2014

From Queensland With Love #1



“Assalamualaikum, Al !!” Tangan automatic menjauhkan gagang dari telinga.

“Astaghfirullahal’azim. Salsabila !! Waalaikumussalam. Tak perlu jerit kot aku rasa ! Berdesing suara kau!”

“Haha. Sihat?”

“Alhamdulillah. Lebih sihat berbanding biasa bila kau tiada depan mata.”

“Ahh kau. Rindu cakap jelah.”

“Kalau aku rindu, aku akan cakap. Kau jangan susah hati. Ehmmm. Sihat?”

“Sihat je. Aku makin cuak ni. Berapa minggu je lagi aku akan terbang.”

“Ohh. Untunglah orang tu terbang, kann..” Nada jauh hati.

“Ala engkau. Tak sudah sudah itu yang diulangnya.”

“Haha. So, apa cerita ni?”

“Al.. Kau datang tengok aku tak nanti?”

“Bila?”

“Pagi 22 Mac.”

“InsyaALlah,.. Kalau tiada aral melintang.. Kalau umur masih panjang.. Aku datang..”

“Al..”

“Apaa? Aku tau, kau telefon bukan semata-mata nak tanya aku benda ni..”

“Al..”

“Eh eh minah ni. Amende?”

“Budak tu..”

“Dah agak dah. Apa dia nak?”

“Dia..”

“..nak minang kau?”

“All..” Suara merengek. Aku gelak.

“Haha. Apa yang susahnya. Dia suka kau. Kau suka dia. Terima je lah.”

“Al..senangnya kau cakap..”

“Kalau aku jadi kau, aku tak terima dia.”

“Kenapa?” Suara Salsabila jadi cuak.

“Haha. Sebab, dia suka kau!” Aku gelak. Salsabila ikut gelak sama.

“Aku macam dah takde sebab nak tolak dia..”

“..aku tau. Kereta dah ada. Rumah bakal ada. Bab foundation in faith ni, aku percaya dia dah matang bab ni..”

“Hmm.. Kau rasa dia ok ke? Kau kenal dia kan?”

“Aku kenal dia, insyaAllah. Jangan risau, Sal. Aku yakin dia mampu. Cuma ingat balik Sal.. Buat kerana siapa..”

“..kerana Allah..”

“Good girl.. Kau dah istikharah.. Kau pun dah istisyarah.. Yakin dengan keputusan ini.. Ini kehendak Allah, kan..”

“Hmm.”

“Ahh aku pasti ini kehendak kau jugak..”

Salsabila gelak sakan.

“Tapi kan Al..”

“Apa dia lagi?”

“Kita baru 19 kot !”

“Ala kau ni. Bukannya nikah sekarang kan? Ke kau dah tak sabar dah?”

“Al Faqihahhh….. !!!!”

Aku gelak. Telefon sekali lagi aku jauhkan dari telinga.




Kita ingin membina individu muslim, rumahtangga muslim,bangsa muslim dan kerajaan islam. Kita ingin membina sebuah Negara yang dapat memimpin Negara-negara islam, sebuah Negara yang dapat merangkumi semua umat islam, dapat mengembalikan keagungan umat islam, dapat mengembalikan tanahair mereka yang telah dirampas. Setelah itu kita mengharapkan Negara yang diidam-idamkan ini akan dapat menjulang panji-panji jihad dan dakwah sehinggalah dunia akan mengecap kebahagiaan daripada ajaran-ajaran islam.- Apa Ertinya Saya menganut Islam by Fathi Yakan ms 157 (Tugas Dan Tanggungjawab Gerakan Islam)




Friday 18 April 2014

Kertas Pasir. Mohon Menjauh !




Hitam.

Kasar.
Busuk.
Itu dia.
Kertas pasir.



Suatu masa dulu dia pernah muncul tiba-tiba.

Aku ambil.
Aku senyum.
Aku bergurau dengannya.
Aku sapukan pada tanganku.
Aku gelak.
Aku pegang erat.
Aku tak lepas.
Lama aku bermain.



Suatu saat aku tersedar.

Tanganku luka.
Tergores sana sini.
Luka dalam.


Sakit.

Pedih.
Sedih.


Aku cuba lepas.

Aku cuba tinggal.
Aku cuba tak peduli.


Aku cuba.



Aku rentap dia jauh dari tanganku.

Aku rentap.
Ahhh ! Lukaku bertambah dalam.


Aku menangis.

Tapi dia tak menjauh pun.
Dia masih ada di situ.


Masih di situ.

Yang sentiasa menggamit-gamit aku.
Supaya kembali bermain dengannya.
Jahat !


Aku nangis lagi.




Dan sebagaimana dia pernah muncul tiba-tiba,

dia menghilang juga tiba-tiba.


Lega.

Walau luka masih berdarah.


Aku cari ubat.

Aku sapu elok-elok.
Aku jaga dengan baik.


Jauh.

Entah kemana dia menghilang.


Tapi itu cerita dulu.

Dulu.









Sekarang.

Muncul kembali.



Aku cuba berhati-hati.

Aku gagal.



Aku biarkan dia bermain.

Walau hanya acahan sahaja.



Tapi mungkin sebab luka itu belum kering.

Mungkin sebab parut itu belum pulih.



Memori luka.

Dia datang kembali.
Toreh kembali parut itu.



Aku luka lagi.

Luka.



______________________________________________




Kau.

Aku mohon.


Aku mohon kau menjauh.



Ini bukan salah kau.

Ini bukan salah aku.
Ini salah kita.


Malam itu.

Warna itu.
Mata itu.


Rasa itu.



Aku yakin kau sedar.

Sebagaimana aku sedar.


Aku benci semua itu.

Aku harap kau tau.
Aku benci apa yang dah berlaku.


Aku benci sebab aku tak mampu elak.

Aku benci sebab semua berlaku tanpa sengaja.
Aku benci.


Aku benci sebab aku sedih.

Aku hilang diri aku.
Dan aku bertambah benci melihat kau.
Kau yang masih gelak dan ketawa.


Kau seolah-olah langsung tak terusik.

Seolah-olah ini hanya gurauan.
Langsung tak berbekas di hati.


Kau masih sama.

Sedangkan aku.. Ahh !


Mungkin kau akan ketawa melihat aku begini.

Aku tak rasa luar biasa.
Aku juga ketawa.


Ketawa melihat kebodohan aku.



Walau bodoh macam mana pun aku di mata kau.

Aku mohon kau menjauh.
Aku mohon.



___________________________________________________________





Ya Allah, please forgive me for the wrong I've done
Ya Allah, give me another chance to prove that I can pass
Please guide me and protect me along the straight path
And I know that I can make it, one day I'll be in heaven with you

Brother, brother, (let me tell you) you ain't acting cool
Lower your gaze, don't go astray, cuz you're looking like a fool
We all know (human nature) makes us ignorant sometimes
Making us do some things we know just ain't right

What's the moral of the story fellaz?

You better watch your back
Stay on the right track
Don't try to act all wack
Cuz it will all come back to you

And all you can say is

Ya Allah, please forgive me for the wrong I've done
Ya Allah, give me another chance to prove that I can pass
Please guide me and protect me along the straight path
And I know that I can make it, one day I'll be in heaven with you

Sister, don't your dare cry
Cuz girl you know we all fall short sometimes
Dust yourself off, stand tall, don't let it get you down
Open your eyes to Allah, you'll see the beauty of
All the things that are going your way
Hold your head up high, it'll be okay

Allah is merciful, the most forgiving
Pray five times a day, and never stop giving
You gotta keep on Qur'an, keep Iman strong
And one day, insh'Allah, you'll be among the stars

For now you better pray girl

Ya Allah, please forgive me for the wrong I've done
Ya Allah, give me another chance to prove that I can pass
Please guide me and protect me along the straight path
And I know that I can make it, one day I'll be in heaven with you

What's happening brother, I've got a message for you
There's a little something that I need you to do
See, you've been causing problems since you came my way
And I'm not trying to have that, ain't the way I play
I don't need no influence like you in my world
I'm just trying to live my life - simple and pure
You've been avoiding the Iman, don't even make salat
It's time to beg for some forgiveness from ya Allah

Everybody sing it now

Ya Allah, please forgive me for the wrong I've done
Ya Allah, give me another chance to prove that I can pass
Please guide me and protect me along the straight path
And I know that I can make it, one day I'll be in heaven with you


Thursday 17 April 2014

Cukup Kau Untukku

Sungguh aku cinta padamu
Dengan setulus hatiku
Tiap saat tiap waktu


Karena sungguh dirimu
Begitu sempurna
Kau lengkapi hidup ini
Dengan kata yang terindah
Tentang cinta


Ku bisikkan pada angin berlalu
Membawa pergi rindu membara
Ku lakarkan cinta pada langit
Bertintakan awan


Seluruh hidupku
Engkau yang satu hingga matiku
Semua yang ada menjadi saksi
Cukup kau untukku
Cukup kau untukku


Ku bisikkan pada angin berlalu
Membawa pergi rindu membara
Ku lakarkan cinta pada langit
Bertintakan awan


Wohh seluruh hidupku
Engkau yang satu hingga matiku
Semua yang ada menjadi saksi
Cukup kau untukku
Cukup kau untukku
Cukup kau untukku
Ku cinta padamu

Wednesday 2 April 2014

Tanya Sama Itu Hud Hud !: POKE

Tanya Sama Itu Hud Hud !: POKE: Poke. Mengikut defnisi Concise Oxford Dictionary-Tenth Edition, poke dari segi verb nya ialah jab or prod with a finger or a sharp ...