Friday 26 December 2014

Ada Apa Dengan Tamrin ?! #2

Malam Muhasabah #2

Enam belas tahun. Masjid Bandar Tasik Puteri. Malam yang penat dengan aktiviti yang menjemukan sudah biasa kami lalui..




          Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh 

Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa


Tak ingat pukul berapa. Panas dan sesak. Penat. Tiba-tiba kami semua diarah untuk keluar ke dataran masjid. 

'Ok. Jalan.'


Aku tak ingat permulaannya. Sedar-sedar 'drama' sudah bermula.


Kakak abang fasililator dimarah dengan DnT kerana peserta tamrin (obviously they were fighting 'bout us) sangat tak bersemangat dan seperti tidak terkesan dengan tamrin kali ini. Abang DnT tu sangat marah, dia arahkan kakak abang fasililator ketuk ketampi berpuluh kali dan juga disimbah air paip. Malam itu sangat sejuk dan mereka didenda kerana kenakalan kami? :(


Waktu itu aku sangat keliru. What happenned? Apa pula fasililator pula yang kena? Kami yang salah, kami yang nakal, kami yang degil, tapi mereka pula yang didenda? (Aku cuma keliru, bukan sedih. Aku tak nangis. Tak.)


Keliru dengan apa yang berlaku, kami diamkan.
Pada pandangan aku, mereka seolah-olah di alam lain dan kami berada di alam yang lain.


Terbiar, terpisah, terpinggir!


Mungkin tak berpuas hati dengan cara kami merespon 'drama' tadi, kami di arah untuk berkumpul semula.



Penat. Sesak. Ramai orang.



Dnt memulakan tugasnya.
Abang garang itu bertanyakan perihal solat kami.


"Berapa ramai daripada kalian yang pernah tinggal solat sejak aqil baligh?"


Mak aii soalan! Bagi aku, kelakar. Sebab kami pelajar sekolah agama, belajar agama dalam suasana yang sangat sjahtera, bagi aku mustahil untuk ada yang tinggal solat.



Tapi ternyata aku salah.  Ramai yang mengangkat tangan!


Aku ternganga sesaat, sebelum aku menyedari, inilah satu sisi pahit yang harus aku telan tika ini.


Aku tak sempat nak berasa sedih, atau pilu, atau terkilan, kerana tiba-tiba suara abang garang itu bergema lagi.



"Astaghfirullahal'azim! Bagaimana perkara asas seperti ini pun kamu boleh abaikan? Patutlah layu. Patutlah tidak bersemangat!"



Abang garang marah sangat. Suaranya bergema. Aku lihat fasililator mula berbisik sesama sendiri. Aku tahu ada dalam kalangan mereka yang mengalirkan air mata. Aku tunduk padang jalan. Bukan aku seorang yang terperanjat. Keadaan sunyi. Hanya desah nafas sahabat-sahabat yang aku dengar. Aku sesak. Sesak !


Suara abang garang bergema lagi. "Berapa ramai lagi yang belum qada solat yang telah ditimggalkan?"


Sunyi.


Aku tak tahu ada atau tidak kawan yang mengangkat tangan. 


"Lebih baik kamu mengaku! Kalau tidak fasi-fasi kesayangan kamu yang tidak patuh arahan ni ana denda!" 


Aku tersentak. Kepala spontan aku angkat. What is this nonsense??




Keadaan mula hingar. Ini permintaan yang sangat tidak masuk akal! Kami mula berbisik sesama sendiri.


"Tak kan kita nak mengaku sedangkan kita tak buat pun?"
"Tapi kalau kita tak mengaku, fasi yang kena!"
"Ini bukan salah kita. Kita cukup solat, kan?"
"Solat untuk mamnu' yang lepas belum ganti lagi. Bagaimana ni?"


Keliru. 



"Cepat lah adik-adik pejuang agama sekalian! Solat pun kamu tak lepas. Ana tak nak bersubahat dengan antum semua! Cepat mengaku!"


Kakak abang fasi tiba-tiba datang mendekat dan merayu, "Adik-adik tolonglah mengaku, ini soal solat, ini bukan main-main.." 


Dengan airmata yang kulihat sayu mengalir di pipi, rayuan kakak fasililator semakin buat kami berbelah bahagi.



Rakan di sebelah tiba-tiba meraih tanganku. "Atay, macam mana ni.." Bahunya aku peluk. Hangat airmata aku rasakan jatuh pada tudungku. Aku rasa sebak. Betul, solat bukan selama lamanya perkara mainan.



"Sudahlah korang, jomlah kita mengaku kita belum qada solat lagi.."
"Betul..kalau tak fasililator yang kena.."
"Jomlah angkat tangan ramai-ramai.."



Dan ramai-ramai tangan diangkat tanpa sempat aku mencelah. 


Aku tak setuju!



Fasililator menangis sayu. Abang garang terkedu. Dan aku bisik dalam hati, ini cuma salah faham..


Suasana bertambah sebak. Abang garang dah berhenti marah-marah. Kecewa, aku tahu. Dia mengarahkan kami ambil wudhu dan qadha semua solat yang telah ditinggalkan secara berjemaah. Berduyun-duyun bergerak mengambil  wudhu, sementara aku dan belasan lagi kawan hanya berdiri di situ tak bergerak. Salah sendiri aku sanggup akui, tapi bukan salah faham.


Solat ganti subuh didirikan berjemaah. Sayu. Aku berdiri tegak tak bergerak. Setitis air mata menitik jatuh ke pipi.



Kami serahkan semua hidup pada Alloh 
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah


Dan memori aku tentang malam itu terhenti detik itu.



...to be continued, bi iznillah.