Friday 26 December 2014

Ada Apa Dengan Tamrin ?! #2

Malam Muhasabah #2

Enam belas tahun. Masjid Bandar Tasik Puteri. Malam yang penat dengan aktiviti yang menjemukan sudah biasa kami lalui..




          Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh 

Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa


Tak ingat pukul berapa. Panas dan sesak. Penat. Tiba-tiba kami semua diarah untuk keluar ke dataran masjid. 

'Ok. Jalan.'


Aku tak ingat permulaannya. Sedar-sedar 'drama' sudah bermula.


Kakak abang fasililator dimarah dengan DnT kerana peserta tamrin (obviously they were fighting 'bout us) sangat tak bersemangat dan seperti tidak terkesan dengan tamrin kali ini. Abang DnT tu sangat marah, dia arahkan kakak abang fasililator ketuk ketampi berpuluh kali dan juga disimbah air paip. Malam itu sangat sejuk dan mereka didenda kerana kenakalan kami? :(


Waktu itu aku sangat keliru. What happenned? Apa pula fasililator pula yang kena? Kami yang salah, kami yang nakal, kami yang degil, tapi mereka pula yang didenda? (Aku cuma keliru, bukan sedih. Aku tak nangis. Tak.)


Keliru dengan apa yang berlaku, kami diamkan.
Pada pandangan aku, mereka seolah-olah di alam lain dan kami berada di alam yang lain.


Terbiar, terpisah, terpinggir!


Mungkin tak berpuas hati dengan cara kami merespon 'drama' tadi, kami di arah untuk berkumpul semula.



Penat. Sesak. Ramai orang.



Dnt memulakan tugasnya.
Abang garang itu bertanyakan perihal solat kami.


"Berapa ramai daripada kalian yang pernah tinggal solat sejak aqil baligh?"


Mak aii soalan! Bagi aku, kelakar. Sebab kami pelajar sekolah agama, belajar agama dalam suasana yang sangat sjahtera, bagi aku mustahil untuk ada yang tinggal solat.



Tapi ternyata aku salah.  Ramai yang mengangkat tangan!


Aku ternganga sesaat, sebelum aku menyedari, inilah satu sisi pahit yang harus aku telan tika ini.


Aku tak sempat nak berasa sedih, atau pilu, atau terkilan, kerana tiba-tiba suara abang garang itu bergema lagi.



"Astaghfirullahal'azim! Bagaimana perkara asas seperti ini pun kamu boleh abaikan? Patutlah layu. Patutlah tidak bersemangat!"



Abang garang marah sangat. Suaranya bergema. Aku lihat fasililator mula berbisik sesama sendiri. Aku tahu ada dalam kalangan mereka yang mengalirkan air mata. Aku tunduk padang jalan. Bukan aku seorang yang terperanjat. Keadaan sunyi. Hanya desah nafas sahabat-sahabat yang aku dengar. Aku sesak. Sesak !


Suara abang garang bergema lagi. "Berapa ramai lagi yang belum qada solat yang telah ditimggalkan?"


Sunyi.


Aku tak tahu ada atau tidak kawan yang mengangkat tangan. 


"Lebih baik kamu mengaku! Kalau tidak fasi-fasi kesayangan kamu yang tidak patuh arahan ni ana denda!" 


Aku tersentak. Kepala spontan aku angkat. What is this nonsense??




Keadaan mula hingar. Ini permintaan yang sangat tidak masuk akal! Kami mula berbisik sesama sendiri.


"Tak kan kita nak mengaku sedangkan kita tak buat pun?"
"Tapi kalau kita tak mengaku, fasi yang kena!"
"Ini bukan salah kita. Kita cukup solat, kan?"
"Solat untuk mamnu' yang lepas belum ganti lagi. Bagaimana ni?"


Keliru. 



"Cepat lah adik-adik pejuang agama sekalian! Solat pun kamu tak lepas. Ana tak nak bersubahat dengan antum semua! Cepat mengaku!"


Kakak abang fasi tiba-tiba datang mendekat dan merayu, "Adik-adik tolonglah mengaku, ini soal solat, ini bukan main-main.." 


Dengan airmata yang kulihat sayu mengalir di pipi, rayuan kakak fasililator semakin buat kami berbelah bahagi.



Rakan di sebelah tiba-tiba meraih tanganku. "Atay, macam mana ni.." Bahunya aku peluk. Hangat airmata aku rasakan jatuh pada tudungku. Aku rasa sebak. Betul, solat bukan selama lamanya perkara mainan.



"Sudahlah korang, jomlah kita mengaku kita belum qada solat lagi.."
"Betul..kalau tak fasililator yang kena.."
"Jomlah angkat tangan ramai-ramai.."



Dan ramai-ramai tangan diangkat tanpa sempat aku mencelah. 


Aku tak setuju!



Fasililator menangis sayu. Abang garang terkedu. Dan aku bisik dalam hati, ini cuma salah faham..


Suasana bertambah sebak. Abang garang dah berhenti marah-marah. Kecewa, aku tahu. Dia mengarahkan kami ambil wudhu dan qadha semua solat yang telah ditinggalkan secara berjemaah. Berduyun-duyun bergerak mengambil  wudhu, sementara aku dan belasan lagi kawan hanya berdiri di situ tak bergerak. Salah sendiri aku sanggup akui, tapi bukan salah faham.


Solat ganti subuh didirikan berjemaah. Sayu. Aku berdiri tegak tak bergerak. Setitis air mata menitik jatuh ke pipi.



Kami serahkan semua hidup pada Alloh 
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah


Dan memori aku tentang malam itu terhenti detik itu.



...to be continued, bi iznillah.






















Saturday 27 September 2014

...




Another week comes and goes..

What to feel ?


Loneliness..emptiness..me..too weak..



I'm too weak when I'm alone..


And define alone..

Alone is when I know I'm bad and nobody knows that..
Nobody seems to help..
Except me..


I've to rush to Him..
But I'm forever a good actor..


Acting like I'm good..


And I tell you this is not an empty rant..


Coz I'm just another servant with different tests..
And I know I have too..I have too..


I want a pure heart..
A heart that only has Him as the tranquility source..forever..


I hate all the bad thoughts that come across my mind..
I'ts like I don't ever know sins..don't ever know His Anger..


And just because I'm a servant with all the fitrah..
I repeat those bad deeds all over again..


No..I've talked to Him I hate this..
(And indeed He knows it even if I never tell myself that)
But it's me myself that forget all the reminders in the Al-Quran..


Quran says..
"And seek helps from sabr and salah.."
And what did I do to get help from Him?
...


Quran says..
"O the believers, lower your gaze.."
And I neglect this verse for the sake of 'works' ?
Pity me..


And Quran has said more and more..
Quran is the true love letter forever..
From Him to His lovers..
Indeed, tooo muchhh soothing words here


Whenever I feel alone..
The true companion should be Quran..
Those lovely reminders and all just make me realize that..


IT'S NOT ONLY ME WHO FEEL WEAK..
OR TIRED..
OR BAD..


I'ts just me myself have to find the way out..
The true way out..
Like all those who have found their way to grab Jannah and His redha..
I know I  have mine..
My own way to race to Jannah..


Have faith, Thiyaa..


Saturday 6 September 2014

Hanya di Syurga



I am too tired that I don't know how to say.


Bermula dengan AHLAN 1.0 yang sungguh menguji ketahanan.
Lepas menitik air mata petang itu selepas arahan nak juga air sejuk untuk yang lain, memang terbukti badan dah hilang daya. Alhamdulillah semua sahabat sekerja menyejukkan hati, semua dibuat bersama. Terbukti juga bantuan Allah itu sangat dekat, Dia biarkan kami 'rehat' pada malam penutup. Tiada air perlu dibancuh, dan dengan kejamnya membiarkan ikhwah yang selesaikan semuanya. We are so sorry we have had enoughhh.


Disambung pula dengan ziarah ke Paloh.
Allahurabbi. Sungguh aku memang tak mahu pergi langung Paloh tu. Mengenangkan sahabat yang bersungguh nak melawat keluarga angkatnya, aku biarkan tubuh dihentak jalan berlubang dengan hati yang sebu, dada yang sesak dan mata yang basah. Sampai ke sudah aku bercakap dengan janggalnya bila langsung tak dapat faham apa yang dikata keluarga angkatku. KL-Kelantan, not that easy mann. Tapi memanglah, bukan Athiyah namanya kalau pandai beramah mesra dengan orang yang lebih berusia. Balik ke KL dengan sekotak rambutan + dukong + 2 biji cempedak. Semua kawan eksaited. Alhamdulillah, kalau tak memang terbiar busuk buah tu.


Sampai di PASUM.
Meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar bertitle kader dakwah. Tutorial yang terbiar. Test yang tiba-tiba ada. Barang-barang yang belum habis unpack. Kawan-kawan yang banyak ragamnya. Hati yang kerap diganggu resah. Keluarga di rumah yang sentiasa diberi tanda Allah kasih dan cinta ; ujian yang silih berganti. Sehinggakan aku berjanji untuk menginfakkan hujung minggu ini untuk cover balik amanah aku sebagai seorang pelajar ini ; belajar !





Tiba hujung minggu.

Suddenly all the things get worst and more.

Awkward. Frustrated. Bored. Hot.




Ya Allah....

Takk tahu nak cakap macam mana.

Kenapa ramai susah nak faham.
Atau aku yang terlalu mengharap mereka berada di level yang sama dengan aku.
Kenapa takut nak cakap kat depan.
Kenapa takut nak tegur kesalahan kawan.
Kenapa suka biar masalah melarat.
Kenapa suka cakap belakang.
Kenapa suka sebarkan kejahatan orang.
Kenapa cepat sangat terasa.
Kenapa langsung tak matang.
Kenapa suka argue benda remeh temeh.
Kenapa malas solat jemaah di surau.
Kenapa langsung tak cuba jaga hati kawan.
Kenapa suka masam muka.
Kenapa tak suka perbincangan terbuka.
Kenapa tak suka damai.
Kenapa susah nak faham manusia ni beza-beza.

Kenapa?



Aku penat. Tapi dunia bukan untuk berehat !



Alhamdulillah ada usrah.

Alhamdulillah ada jaulah.

Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang boleh aku berbicara tanpa hipokrit. Nak menangis pun tak malu. Nak bercerita pun aku yakin. Sungguh aku bersyukur.




Ada sebabnya kenapa chromatin waktu interphase tak teratur susunannya ibarat mee maggi dalam mangkuk sedangkan sewaktu division, chromatin akan membentuk X yang lebih mudah diurus.

Sedangkan sekecil-kecil benda dalam tubuh ni pun ada sebab dan hikmah atas apa yang berlaku, maka kenapa aku si sebaik-sebaik ciptaan perlu mengeluh atas ujian yang sebenarnya menguatkan?




Ya Allah, kuatkan aku..kuatkan kami...




Penat..tapi rehat sungguh hanya di syurga...








Sunday 24 August 2014

ThrOwBacK

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar..

Semalam survey Sungai Congkak.
Ya Allah, teringat Tamrin Nuqaba' dulu.
Rindunyaaaa :'(
Sungguhla, pengalaman memang menguatkan.
Tak tahu camne nak menyatakan rasa terima kasih ni pada murabbi-murabbi kat sekolah
Betapa bersungguhnya mereka nak beri kefahaman Islam yang sebenar kepada anak-anak mereka

Teringat waktu sesi tapisan untuk jadi pimpinan sekolah dulu
Antara soalan yang ditanya ;
"Awak pakai tudung apa kat luar?"
"Awak pakai stokin tak kat luar?"
"Family awak suka pergi kuliah agama tak?"
"Solat berjemaah tak dirumah?"

Teringat waktu sesi silap mata dalam kelas PSI dulu
"Siapa yang dating dengan Allah tahajud tadi, boleh duduk."
"Siapa yang sekurang-kurangnya 3 kali dhuha minggu lepas, boleh duduk."
"Siapa yang tak siapkan amanah PSI yang saya beri, kumpul kat luar, kita tawaf Raudhah."

Teringat waktu Liqa Nuqaba' setiap rabu tu.
Kata-kata taujihat dan semangat serta sokongan moral yang ustazah beri
Untuk sama-sama teruskan usaha mengislahkan adik-adik usrah
Setiap permasalahan kami bincangkan
Korbankan waktu prep hingga habis waktu untuk perkara tu.
Takbir wida' bersama sahabat-sahabat naqibah setiap kali permasalahan terasa semakin mencengkam.
Sama-sama buat perjumpaan tergempar bila macam-macam perkara terasa tiba-tiba menguji
Dengan mereka jualah, sama-sama meronda sekolah waktu prep
Melihat-lihat adik usrah kesayangan yang mungkin terlupa ikhtilat atau aurat
Sama-sama suruh menjauhkan tempat duduk antara putera puteri mana-mana yang ter-rapat
Kadang-kadang berlakon dalam masjid atau construct explorace waktu usrah
Sama-sama tawa dalam kelat bila dengar adik usrah menyorok dalam tandas, takmau pergi usrah

Teringat pula sahabat-sahabat exco
Mereka yang tabah menahan kantuk lepas Al-Mulk tiap-tiap malam
Dalam keadaan gelap macamtu
Berbincang semula apa yang berlaku di sekolah dan asrama
Air mata memang jadi peneman setia
Saling mengingatkan dan menguatkan
Mereka yang sama-sama tahan ditengking dengan junior
Mereka yang sabar menjaga pagar dan membuat pengumuman setiap kali waktu solat
Mereka yang sama-sama saling senyum dalam kepahitan bila dengar orang membenci tindakan kami
Mereka yang sangat tabah menahan caci maki orang di luar, bila masuk dorm je terus burst.
Teringat waktu main polong lepas SPM
Buat kad raya untuk guards dengan DM
Tidur rumah warden sambil makan maggi tomyam dan cerita seram memalam
Beraya rumah Teacher Mai
Buat inspection tiap kali ahad
Tiap kali kucing masuk bilik dan buat onar
Stay up waktu malam sambil makan kerepek dan bercerita
Saling kejut untuk tahajud bila cuma tinggal 10 minit sebelum waktu subuh
Sama-sama dhuha waktu rehat

Throwback.

Throwback.

Ya Allah, betapa cantiknya kau susun garis hidupku
Pengalaman demi pengalaman Kau aturkan
Bertemu dengan sahabat-sahabat yang sama rapuh tapi enggan jatuh goyah
Kau biarkan aku merasai biah solehah yang silih berganti
SEPINTAR
KEM PLKN Karisma
Nilam Puri
Dan kini, Kau biarkan aku terikat dengan jemaah

Ini cuma secebis kisah tentang bumi tarbiyyah aku yang kedua selepas rumah tersayang
Belum lagi kisah di PLKN
Belum lagi kisah di Nilam Puri
Belum lagi kisah tentang jemaah

Dan sekarang aku sedang mencipta kisah seterusnya
Banyaknya perkara yang aku tersasar
Tapi Kau sentiasa tarik aku semula

Ya Allah..aku masih belum cukup bersyukur..
Kuatkan aku Ya Latiff..



Sudahlah Athiyah. Mari teruskan perjuangan. Go go fighting ! ^_^


"Program Leadreship Outreach" @ Gunung Jerai, 2011

Hari Terakhir di SEPINTAR , 2012


Program Ihya' Sunnah, 2011

Choral Speaking, 2009
Graduation Day, 'Sirih Pulang Ke Gagang, 2012

Iftar Elves, 2013
Magnificent Se7en, hihi ^_^
Haunted House, 2009

Saturday 7 June 2014

Manusia



Hei manusia !
Kau tak ingat ke sebelum ni kita langsung tak wujud?
Tak wujud yang mustahil langsung untuk disebut?
Kau tahu kenapa kita diciptakan dapat mendengar dan melihat?
Sebab Dia nak uji dengan perintah dan larangan !

Kau tahu,
kita sentiasa diberi pilihan,
baik atau buruk.
Yang baik tempatnya baik,
sebagai tanda amal diterima.
yang buruk tempatnya pun buruk.
Tanda apa? Tanda Dia tidak menerima !

Hei manusia !
Terlupa ke Dia ada turunkan arahan dan hikmah dalam kitab-Nya?
Patuh semua arahan-Nya dalam tu.
Dan kalau dah tak tahan pun, Dia tetap suruh sabar !
Dia tetap larang kita dari ikut jalan orang yang berdosa dan kufur !
Sebab apa?
Sebab orang yang kufur tu tak ingat hari pembalasan pun !
Sebab orang yang kafir tu hanyut dalam permainan dunia
dan lupakan Dia dan hari yang dijanjikan-Nya !
Sedangkan kau tahu, Dia yang cipta kita.
Dia yang kuatkan sendi kita.
Dan kalau dia nak padamkan kita
dan ganti dengan sesuatu yang lebih baik pun Dia mampu lah !

Kenapa? Tak percaya?

Hei manusia..
Ketahuilah bahawa ini adalah peringatan..
Sesiapa yang menginginkan Tuhannya, pasti dia mencari jalan..

Tapi ingat..
Kita takkan mampu menempuh jalan menuju Tuhan
kalau Tuhan itu sendiri tidak mahu kita..

Kerana Dia itu-lah yang lebih tahu dan bijaksana..
Dan Dia memasukkan orang yang Dia kehendaki dalam kasih sayang-Nya..
Dan orang yang zalim itu baginya azab yang pedih..

[76]

Dan sesungguhnya... aku adalah manusia.

Friday 6 June 2014

JKP Asasi : Aplikasi Ibrah Pahit Yang Tersembunyi !



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)

Waa entah sape la yang jawab salam ni haha.
Huhu.

2 minggu sudah berada di PASUM.
Banyak sangat perkara terjadi.
Banyak sudah diri rasa terjatuh tak mampu nak berdiri.
Perasaan tunggang terbalik.
Study ke mana amanah ke mana.
Serabut !

Banyak perkara terjadi,
maka banyaklah ibrahnya.

Allah..
Banyak sampai tak mampu nak susun dengan baik
dan aplikasi dalam kehidupan mendatang.

Aku bukan budak baik pun :(
Selalu je gagal nak ingat Allah setiap masa.
Selalu je tak mampu nak ingat Rasulullah yang 
berjuang semata-mata untuk aku (baca : Ummat)
Selalu je hilang arah.
Selalu je rasa tak terpandu.
Dan selalu je biarkan diri hanyut,
tak cuba untuk bangkit langsung.
Selalu je mengabaikan Dia dalam hidup.
Selalu je meletakkan harapan pada makhluk.
Selalu je.

Tapi aku pun tahu..
Aku masih punya harapan.

Bak kata Hilal Asyraf,
"Untuk kita pendosa, harapan selalu ada."

Haha. Lari tajuk sudah.
Takpelah. Dilarikan oleh rasa yang mencengkam.



* * *



Aku percaya aku diperhatikan Dia.
Aku percaya walau jauh mana aku terjatuh,
Dia masih melihat hamba-Nya di sini.
Aku percaya walau sakit mana aku rasa,
Dia masih ada untuk aku,
walau aku selalu terlupa.
Aku percaya di setiap ujian yang ditimpa,
Dia sedang menguji.
Dia sedang melihat reaksi hamba-Nya.
Aku tahu setiap kali Dia timpakan aku perasaan yang tak sepatutnya,
Dia sedang ingatkan aku bahawa hanya Dia yang layak diletak harapan.
Hanya Dia yang layak dicinta.
Aku tahu.

Aku tahu tiap kali aku keliru,
atau aku serabut dalam membuat pilihan,
pasti Dia sedang memerhatikan aku
"Adakah hamba-Ku meletakkan Aku dalam pilihannya?"
Aku tahu.

Aku tahu setiap kali aku meminta,
pasti Dia akan membalas.
Setiap kali aku meminta petunjuk,
Aku tahu Dia pasti akan sampaikan tanda-tanda-Nya.
Aku tahu Dia memerhati.
Sama ada aku akan membiarkan petunjuk itu
atau mengambilnya sebagai panduan hidup aku.
Sama ada aku buka mata untuk melihat petunjuk tersebut,
atau membiarkan sahaja diri dikuasai perasaan.
Aku tahu.

Dan aku tahu..
aku akan menyesal kalau aku membiarkan
semua petunjuk-Nya.



* * *



JKP Asasi : Aplikasi Ibrah Pahit Yang Tersembunyi !

Aku ada banyak pengalaman.
Banyak yang manis.
Tapi yang pahit itu masih menjadi igauan dalam hidup aku.
Dalam hidup, kena pandai ambil ibrah dari pengalaman.
Terutamanya aku.
Kalau malas nak ambil ibrah dalam hidup,
sampai bila-bila pun aku akan mencipta sejarah hidup pahit yang sama.

I can't lead.
I know deep down in my soul,
I am a fragile one.
I can try to be a good friend,
or a good supporter,
or a good companion,
but not a leader.
NEVER !

Aku bukan macam dia.
Yang positif setiap masa.
Sanggup abaikan akademik.
Bukan dia yang mampu menjadi orang di atas.
Yang punya semangat dan keazaman yang tinggi.
Yang susah untuk dipatahkan oleh orang lain.
Aku bukan dia.

Ini aku.
Aku. T_T

Walau betapa banyak kata semangat dari orang sekeliling,
tetap tak akan melupakan aku tentang kegagalan aku pada masa lalu.
Kegagalan yang buat aku trauma untuk mencuba lagi.
Penat mencuba ke, Thiyah?
Bukan penat mencuba.
Tapi penat bila rasa terkilan itu mencengkam.
Sakit. Rasa gagal.
Aku tahu manusia akan up dan down.
Akan ada turun naiknya.
Tapi aku pun tahu setiap manusia itu berbeza.
Kemampuan orang berbeza.
Kalau tak,
takkanlah aulawiyat untuk setiap orang berbeza, kan?
Kalau tak,
Takkanlah nabi menghalang Abu Dzar sahabat-Nya daripada
memegang amanah, kan?
Cukuplah dengan apa yang aku belajar dalam agama langit ini.
Cukuplah dengan ibrah yang aku kutip dalam Sirah Junjungan itu.
Cukuplah dengan cubaan-cubaan aku yang gagal dalam hidup.
Cukuplah dengan rasa terkilan dan duka yang tak mampu terhilangkan ini.
Cukuplah.
Biarlah aku mencuba di penjuru yang lain pula.
Mungkin memang tempat aku bukan disini?
Kenapa terlalu berkeras untuk berada di tempat eksklusif ini?

Dan aku juga tak mampu nak abaikan petunjuk direct
yang datang tiba-tiba.
Borang jatuh celah katil
dan terpaksa isi lagi sekali.
Bukan petunjuk ke tu?
Petunjuk supaya aku melepaskan ia pergi..
Dan rasa hati yang sentiasa berat.
Kata dia, mungkin dosa tak terampun yang mengekang
amal baik yang kita nak buat.
Tapi bagi aku,
amanah itu bukanlah 'baik' untuk aku yang fragile ni.
Dan aku juga meminta diberi petunjuk.
Takkan bila dah ditunjuk terang-terangan,
aku masih nak menidakkan
dan membuat bodoh?
What is the purpose of prayer then?



Atau mungkin,
berikanlah aku masa.
Biar aku rawat rasa ini.
Biar aku buang rasa negatif ini.
Biarkan aku.


* * *


Ahh after all,
aku masih boleh berusaha di tempat lain.

Walau aku tahu ramai yang makan hati dengan tindakan aku.
Dan mungkin akan ada yang menjauhkan diri selepas mengetahui keputusan aku.
I've made my bed.
And I have to lie on it.

Maaf, kawan-kawan.
I know myself better.
Please know, this is not a betrayal.
Sebab tukang kumpul borang tak hantar pulak.
Ahh sape suruh hangpa kumpul kat aku? T_T
Bukan aku yang minta hangpa isi kan? Uwaa.

Dan jauh di sudut hati..
aku lebih rela dimarah daripada gagal
melaksanakan tanggungjawab aku..
Tanggungjawab yang kalau diletak pada gunung,
akan hancur lebur ia kerana tidak mampu..



* * *


Ok the next step.
Jujur pada mereka,
sahabat-sahabat yang 'ditipu' oleh aku.



* * *



Dan aku harap aku tak salah dengar.
Yang jemaah tak mewajibkan kami ambil borang JKP.
These are all only advices.
Kan? Huu.
Harapnya lah.
Kalau tak jadi penderhaka pulak aku.

Nauzubillahi min dzalik.

Allah, pandu aku dalam langkahku..
Jangan tinggalkan aku dalam urusan diriku sendiri
walau dalam kadar kerlipan mata
atau lebih sedikit dari itu..
Ameen..


*simpan borang JKP elok-elok dalam fail peribadi
and never to bring it out again*



Tuesday 20 May 2014

Me?



I'm trying my best to figure out what is this feeling.




Aku sekarang sedang belajar mengenal pasti kemahuan diri.




Aku nak jadi sesuatu yang difahami diri sendiri.




Aku nak jadi baik.




Kadang-kadang aku pening dengan kerenah diri sendiri.




Kadang-kadang aku tak faham apa yang aku rasa.




Mungkin sayu. Entahlah.




UAI kata, hati perempuan memang halus sikit.
Mana UAI tahu?




I need to know myself more.




Go Thiyah Go !!



InsyaAllah :)



..and then walk away..



Assalamualaikum w.b.t.
Gals and guys.
Favor me a smile :)
For it brightens the day..
So please.
SMILE !



Praise be to Allah, The Protector.
Peace be upon Him, Muhammad The Messenger.

Done.
So let's start the topic there.



Yes.
Ada sesetengah orang, 
akan hadir cuma untuk memberi pengajaran.
Atau sekadar menyisipkan pesanan.
Atau sekadar sebagai tanda kasih sayang Tuhan.
Ada juga yang sekadar hadir hanya untuk menggores luka.
Atau meninggalkan kenangan manis semanis-manisnya.
And then?
They walk away..

Membiarkan kita meneruskan jalan hidup kita
sendiri.
With you,
or without you.
I'm moving.




Dulu aku pernah masuk PLKN.
Kem Karisma Kuala Pilah.
D Kompeni (DELTA).
Kenangan yang sangat manis.
Semuanya.

Di situ aku ada kenal seseorang.
Yang hadir hanya untuk pergi.
OK look ! Ini bukan kes putus cinta kay.
He taught me a lesson.
An expensive lesson.
Yakni, memberi.

Waktu sedang berkumpul dalam dewan.
Aku batuk kuat.
Dia, disebelah sengih.
Aku biar.
Dia memang kuat usik orang.
Aku batuk-batuk lagi.
Dia mula ajuk aku.
Aku pandang sebelah dan jeling "Ingat main-main ke?''
Dia gelak kecil lagi.
Dan seterusnya, aku batuk, dia ajuk dan gelak.
Jujur, aku tak terasa.
Sebab dia classmate dan companymate.
Dah macam adik beradik di situ.
Sentiasa sama-sama ada.
Dan perkumpulan petang itu berakhir dengan..
katanya nak beri aku strepsil.
OK then. "Aku tunggu."

Dan malam itu.
Ada orang passing aku strepsil warna oren.
Tinggal dua biji.
OK kali ni aku mengaku, dia menang.
Dia mengajuk, mengejek dan menggelakkan bukan sebab apa-apa.
Itu cuma tanda dia sedar.
Dan dia buktikan padaku,
"Kita kawan, kan?"
Yep. He's a good friend.

Mungkin sebab ikhlas,
batuk aku terus hilang.

Lepas habis PLKN,
update dari dia sekadar dari FB.
Memang tak bertanya khabar langsung.

So, I guess he is one of those people who were supposed to walk into my life,
teach me a lesson, and then walk away..

Dia memberi tanpa mengharap balasan.
Kecil mungkin apa yang telah dilakukan.
Tapi dalam hati ini,
dalam bekasannya.
Erti Hidup Pada Memberi..

Kau, Terima Kasih.

DELTA 







Saturday 17 May 2014

KITA.



Ayam goreng yang hampir garing aku balikkan. Nice smell, hmm sedapnya. Then suddenly fon rumah berbunyi. Sekali dering, aku harapkan ada yang mengangkat. Ayam goreng ni macam dah boleh angkat. Dua kali dering, aku jerit panggil abi minta angkat fon. Like seriously, lambatnya abi jalan. Kali ketiga dering, aku keluh sendiri. "Abi tengok ayamlah." Dan lari angkat telefon.

"Hello, assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..Emm Rusmizah ada?"

Emm what?? "Siapa? Tak jelas lah."

"Nur Rahilah..ada?"

Ok orang ni salah rumah rasanya. "Siapa?"

"Nurul Adillah..dia ada kat rumah ke? Nak cakap dengan dia.."

Ops.. "Maaf lah dia takde..ada kat sekolah.."

"Oh ye ke?"

"Yelah." Dia ingat aku memain agaknya. "Dia amik STAM.."

"Ohh. Takpelah kalau macam tu.."

Aku tahan gelak. Suara kechiwa tak menahan. "Ehem..ni siapa ye?" Aku bertanyakan pemilik suara garau di sana.

"Oh.. Takde sapelah.."

Eh? Main tarik tali budak ni..

"Eh, takdelah, kot kot nak sampaikan pesan untuk dia ke.." Dalih aku.

"Takpe takpe.. Nanti saya contact dia balik.."

Aku sengih. Aku tahu dia pun sedang senyum. Can sense it somehow.

"Ni adik dia eh?" Terlepas gelak yang aku cuba tahan. "Taklah. Ni kakak dia."

Suara aku muda kot. Mungkin sedar dia bercakap dengan siapa sekarang ni, aku tak tahu kenapa tapi aku yakin dia sedang menahan malu. dan segan.

Oh laa kol anak dara orang tak segan la?

"Hmm okeylah kalau macam tu.. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." Aku cebir bibir.

Lari-lari ke dapur balik, abi tak sempat nak angkat ayam pun. Aku sambung kerja yang tergendala dek pemanggil misteri tu.



But now, boleh aku gelak goleng-goleng tak?



****


Growing up, huh?

Dulu kita masih sama-sama mandi hujan.
Panjat pokok pelam dengan garam di tangan.
Panjat bumbung rumah sambil usha jambu batu muda.
Masuk lumpur cari lokan sama-sama.
Jalan-jalan keliling kampung naik basikal.
Dah besar sikit, upgrade naik moto pulak.
Jalan-jalan pi beteng, kedai depan..
Beli aiskrim kon sambil lari-lari dari lotong
Kena kejar lembu, anjing, monyet sama-sama
Bangun pagi lepas subuh, jogging satu kampung
Ambil embun pagi, letak kat muka sambil doa 
Masuk kebun yang semak sambil bawak tikar dan bekal
Jumpa ular sawa ular tedung, lari tak cukup tanah
Petik inai, tumbuk sama-sama
Curi-curi makan waktu bulan puasa
Bedah ulat beluncas sama-sama
Sorok belakang pintu, bawah periuk nak ponteng sekolah
Stay up memalam semata-mata nak buat kad untuk ummi abi

Like seriously, how I miss those sweet moments

Sekarang,
masing-masing semakin jauh.
Susahnya nak jumpa walau sebulan sekali.
Kalau ada pun, pasti tak akan cukup semuanya.

Tapi kita masih mandi hujan sama-sama.
Walau mungkin berdua.
Takkan sama dengan mandi berlima.
Kita masih kongsi kegilaan terhadap buku sama-sama
Novel. Critical Thinking type. Sejarah Islam. Motivasi.
Semua cantik tersusun di rak buku.
Walau masing-masing tiada di waktu yang sama,
the books stay, kan?
Walau dah jarang jumpa,
tapi setiap kali ada mesti takkan lepaskan peluang tu.
Stay up tengok movie. 
Makan maggi dalam mangkuk besar.
Bercerita tak ingat dunia.
Kadang-kadang pakai inai sama-sama.
Waktu nak keluar untuk event apa-apa,
baju mesti sama.
Wajib sama.
Dan masing-masing terkial nak bergaya.
It is just.. not us right?
Kita gadis kampung yang selekeh dan comot.
Bila berjalan keluar ramai-ramai,
mesti ramai yang pandang.
Obviously, kita kan macam kembar lima?
Tapi lately ni..
Kita selalu stay up untuk belajar kan?
Addmath lah biasanya. Atau arab.
Kadang-kadang cerita pasal apa yang dah belajar kat sekolah.
Atau merungut sebab dalam kem kena hafal Muwassafat Tarbiah dalam arab.
Cerita-cerita tentang kawan.
Dan crush sekali sekala.
Kita masih lagi perempuan kan?




Dan masa tetap berjalan..
Meninggalkan segala memori di belakang..
Kita sedang melalui jalan takdir kita sendiri..
Jalan menuju impian dan cita-cita kita sendiri..
Dengan bekalan iman dan taqwa, insyaAllah..
Dan sudah tentunya memori itu menjadi penguat.
Yang selalu membuatkan air mata kutitiskan tika jauh di rantauan..
Ketika aku dihurung rasa rindu..
Ketika aku rasa kecewa seolah tiada manusia yang lain memahami..
Aku tahu aku masih ada 'kita'..
Yang aku yakin akan menerima aku kembali walau satu dunia membuang..
Walau aku sendiri yang tersasar jalannya..
Aku yakin 'kita' akan sentiasa ada..
Selagi diizinkan-Nya..



Dan aku sedar kita akan terpisah rumah nanti..
Panggilan telefon petang tadi buat aku tersedar..
Kita membesar, kan?
Nanti kita akan punya suami sendiri..
Anak sendiri..
Rumah sendiri..
Jalan hidup sendiri.
(insyaAllah)
Tapi aku doa, tempat kita sama di sana nanti.

Jannah.




Promise me..jangan pergi jauh, kay?
We are sisters.
Dunia akhirat.


* * *


KITA.

Raya raya ~

Paintball !

Rehat before kembali beraksi ! *Paintball

Ini scene dalam hutan cari lokan. Gambar mahal woo.

Lepas main selut lumpur, bersihkan badan dulu kay.

Nurul jadi MC dengan jiran kami, Aiman. Nasibla dua seteru ni.

Nabila and me. Gambar paling ikhlas, mungkin? Miss her much !

Ini Mai dengan Jiha dan Zarkasyi. The fifth.

Kak Hani dan Bila waktu result PMR. Tipu kalau tak nangis.

Dari kiri Gift, Wool, Pink, Sun & Honey.


Tuesday 13 May 2014

I Simply Love Everything. Almost Everything.





Perkara yang paling aku pasti aku suka ialah
membaca buku.
Sampai satu tahap,
ia bukan lagi satu hobi,
tapi suatu obsesi.
Walau sedang dalam mood exam.
Atau sibuk dengan program itu program ini.
Dalam ktm atau bas.
Genre aksi atau komedi.
Romantis atau patriotik.
Sendiri atau dalam masyarakat.
Buku dalam helaian atau di alam maya.
Semuanya aku suka.
Its an obsesi, awfully.





Aku juga suka mewarna.
Aku suka buat ton warna.
Aku suka krayon.Warna air.
Aku suka pensel kayu.
Pen-pen warna warni stabilo.
Aku suka semua warna.
Ungu gelap. Hijau lemon. Oren. Biru turqoise.
Semua.
Kecuali blueblack, itu warna hipokrit bagi aku.
Aku suka terjemahkan kecantikan dalam bentuk warna.
Aku suka bila semua warna digabungkan.
Pelangi. Warna-warni. Cantik dan ceria.
Tapi aku pun suka bila cuma ada satu warna, plain.
Kosong tanpa nada. Jujur dan..polos.
Hitam. Atau putih. Atau merah jambu.
Aku suka juga bila ada dua warna digabungkan.
Oren dan hijau lemon. Atau ungu dan kuning emas.
Nampak serasi dan harmoni. Tiada sengketa.

Aku juga suka menconteng.
Ohh, sebenarnya ada dua.
Melukis dan menulis.
Aku suka conteng pada buku nota. 
Atau buku teks. Atau buku latihan.
Bila-bila masa yang aku rasa aku terperangkap 
dalam perasaan sendiri.
Dan masa-masa yang aku rasa orang tak akan faham aku.
Aku akan 'conteng'.
Mungkin aku akan lukis wajah orang.
Tanpa hidung dan mulut.
Aku juga selalu lukis benda abstrak. 
Benda yang aku sendiri tak faham.
As in, aku tak faham perasaan aku waktu itu. Hee.
Aku juga selalu menulis.
Puisi. Atau mungkin sajak.
Aku ada beberapa koleksi cerpen yang tak habis.
Tak akan habis, aku kira.

Aku suka jadi The Helper.
Tukang angkat-angkat barang, atau runner.
Aku akan abaikan semua kekusutan yang orang atas rasa,
dan buat kerja aku secepat dan seceria mungkin.
Aku juga suka jadi The Thinker.
Waktu mesyuarat, aku sedaya upaya keluarkan idea aku.
Biarlah tidak logik pun, asal aku bersuara.
Diterima atau tak, aku jarang ambil pusing sebenarnya.
Aku juga suka jadi The Organizer.
Aku akan cuba realisasikan apa yang kami sama-sama impikan,
dan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan yang lain.
Tapi bila gagal, aku percaya pada peluang kedua.
Dan hakikat bahawa aku sedang belajar.
Kegagalan bukan suatu dosa.

Aku suka duduk menikmati angin di tepi pantai.
Angin yang kuat. Pasir yang putih. 
Dan batu yang besar.Tudung terbang-terbang. 
Hoyeah ! Rasa bebas, gituh !
Aku suka juga berada di air terjun.
Sejuk. Tenang. Aman damai.
Hijau dan gelap. 
Celup kaki dalam air, allahuakbar!
Terus terbayang syurga yang dijanjikan sungai mengalir dibawahnya.
Aku suka jalan-jalan di Mall.
Mana-mana Mall. Tengok barang. Tengok orang.
Rasa kek free. Sembur minyak wangi.
Belek buku baru. Dan barang kraftangan.
Main-main di eskelator.
Aku juga suka duduk sendirian dalam bilik.
Buka lagu. Sambil baca buku. Dan kopi panas.
Lupa dunia luar. Lupa masalah yang menggunung.
Escapism.


Harry Potter


Aku suka tengok cerita zaman dahulu kala.
Zaman berpedang dan zaman berkuda.
Istana. Benteng kota. Cinta terhalang.
Mungkin Disney. Hingga sirah nabi.
Buat aku rasa fresh, dan hakikat bahawasanya
kehidupan bukan tiba-tiba muncul ketika aku lahir
sehingga aku ditarik nyawa.
Aku suka kisah kekeluargaan Hindustan.
Dan kisah dongeng Indonesia.
Dan kisah cinta Korea.
Dan kisah mistik milik Barat.
Dan kisah samurai Jepun.
Dan kisah hantu Thailand.
Movie. I love movies.

Aku boleh bertahan dengan banyak orang.
Orang yang malas pergi meeting
sampai wajib ketuk pintu dan tarik tangannya.
Orang yang banyak mengeluh dalam hidupnya.
Orang yang over confident.
Orang yang banyak cakapnya.
Orang yang suka salah tafsir riak muka aku.
Orang yang hipokrit.
Orang yang banyak berkorban untuk orang kelilingnya.
Orang yang tidak pernah mengingat aku.
Orang yang buat muka tak tahu bila menyaksikan kesusahan hidup aku.
Orang yang senyap, tiada bicara.
Introvert. Atau extrovet.
Yeah, I'm both.
Aku suka semua. Sekurang-kurangnya aku tau,
aku bukan keseorangan di atas dunia menipu ini.

Aku suka bila bercanggah pendapat.
Dan masing-masing bertindak mempertahankan
hujah masing-masing.
Itu waktu untuk membina keyakinan,
dan memerah otak memikir.
Percanggahan pendapat itu biasa.
Bagi aku, itu proses normal dalam kehidupan.
Dan aku tidak menolak perdebatan
sebagai salah satu jalan pembelajaran.



Aku suka banyak benda.
Hampir semua.



Kecuali ketika berseorangan ketika hujan lebat.
Atau luka dan darah.
Atau menaiki roller coaster.
Atau orang yang fail common sense.
Atau buku tak membina.
Atau koridor yang kotor.
Atau ahli kumpulan yang tidak bekerjasama.
Atau diri sendiri ketika iman menurun.



Selain dari yang itu, 
aku suka semua.
Hampir semua.




Monday 12 May 2014

Akan Kujumpa



Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayangmu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganmu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir dirimu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Wajahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta datang sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta datang engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar dirimu


Wednesday 23 April 2014

From Queensland With Love #2



Tok tok tok !

Ketukan tangan di pintu dengan ucapan salam.

“Fee .. ?”

Aku duduk malas sambil mengemaskan rambut serabai sambil sebelah tangan menahan kuap.

“Waalaikumussalam. An .. ? Masuklah.”

Pintu dibuka ganas. Aku terperanjat sakan.

“Annisa’ ! Buka pintu macam bukan perempuan!” Hilang rasa ngantuk aku.

An masuk sambil tersengih. Tapi sengih nya tak lama.

“Fee! Kenapa kau tak siap lagi? Ada usrah kan petang ni .. ? Bangunnn !!” An sudah mengibas-ngibas tilam ku dengan buku notanya. Gaya menghalau yang sangat tak feymes. Hilang terus cita-citanya nak jadi gadis melayu terakhir. Puiii.

“Eeeii nak geraklah ni.” Aku bangun dari katil. Aku jelling jam loceng kuning kepunyaan Kak Ngah di atas meja studi. 2.50pm. Ahh. 10 minit lagi.

Aku buka loker dengan gaya yang paling malas sekali. Jubah hitam aku capai. Senang, tak perlu gosok.

“Apa tajuk usrah kita petang ni?” An memandang aku tak lepas.

“Sambung yang lepas lah. Usul Isyrin. Sekarang dah sampai usul  9 kan?”

Aku mencemik. “Ahh aku tak ingat lah.”

An jeling. Nota usrah dibuka. “Usul kesembilan. Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah oleh syara’..”

Tanganku menarik laci dan mencari-cari buku nota usrah maroon. Ahh mana dia ni .. ?

“Ala An. Kau baca nota, boleh cakaplah.” An sengih.

“Bak kata Din dekat Jaja..”

“…sengaja sebut supaya melekat di hati !” Aku mencelah laju. Gelak. “Kau, tak habis-habis itu yang diulangnya.”

“Aku suka. Biarlah.”

Aku ikut gelak. “Jom.” Suis kipas dan lampu aku tutup. Tangan baru nak memulas tombol, dah terbuka dari luar. Balqis!

“Balqis. Jom-jom.” An dengan penuh eksaited mengalu-alukan kehadiran Balqis di hadapan bilik aku. Muka Balqis tak berubah riak.

“Kami memang dah janji nak pergi sama pun.” Balqis masih memandang notanya tanpa mengangkat wajahnya mahupun menyahut ajakan An. Muka An dah berubah warna. Terasa hati mungkin. Aku gelak.”Apehal lah korang ni.”

Balqis gelak. Sebelah tangannya menarik tangan An. “Merajuk je budak kecik ni.” Muncung An masih belum ditarik.

Aku sembunyi senyum. “Jom singgah koop. Beli aiskrim asam boy!”


Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya,namun mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas. Begitu juga dengan usrah. Mereka nampak kita berhimpun, berbincang,tetapi mereka tidak tahu kita sedang membina semula Islam dalam diri kita.’Kenalilah Tuhanmu, Perbaikilah dirimu, Ajaklah orang lain. Tegakkanlah Islam di dalam hati kamu. Nescaya ia akan tertegak di Negara kamu.’-Imam Hassan Al-Banna, Pengasas Ikhwanul Muslimin.