Monday 3 March 2014

Daie Kontemporari Yang 'Lupa'



Dia tau bercakap tentang jemaah.
Tentang usrah.
Sering berhujah dengan kata-katanya yang bernas.
Lawyer-to-be, almaklumlah.
Dia tahu tentang sirah perjuangan nabi.
Tahu juga menilai orang.
Mengklafikasikan manusia itu ke bahagian itu, dan manusia ini ke bahagian ini.
Dia tahu tentang dakwah.
Cara yang mana orang lebih tertarik.
Cara yang mana membuat orang menolak.
Dia tahu tentang saudara-saudara yang sedang berjuang di negara masing-masing.
Palestin. Iraq. Mesir. Rohingya. Syria. Tunisia.
Dia tahu dan dia sedar.
Air matanya sering mengalir ke arah itu.
Dia memang berilmu pengetahuan.
Sedar akan hakikat dirinya diperlukan ummah ini.
Berusaha mengembalikan kegemilangan islam.

Dia menggelarkan dirinya ; Daie Kontemporari.

Tapi mungkin dia lupa untuk menjadi lebih lembut untuk mad’unya.
Tidak memperlekeh dan menghukum mad’unya yang baru belajar.
Yang mahu bersama-sama.
Dia mungkin lupa bagaimana hendak menghormati pandangan orang lain.
Biarlah berbeza pendapat asal bukan berkaitan dengan aqidah dan asas-asas Islam yang dasar.
Dia mungkin lupa, mengalah bukanlah bererti kalah.
Dia mungkin lupa bagaimana hendak menepati masa,
Dan menghormati rakan dalam berjanji.
Dia mungkin lupa untuk menjaga ketsiqqahan dirinya dari pandangan mata mereka yang dekat dengannya.
Dia mungkin lupa hendak menjadi adil.
Bukan sama rata.
Dia mungkin lupa, bahawa orang sekelilingnya juga punya hati dan perasaan.

Dia mungkin lupa. Ya.

Daie kontemporari yang ‘lupa’.


*Ketika dia menangisi Syria, orang lain menangisi dirinya.*



No comments:

Post a Comment