Monday 31 March 2014

Ada Apa Dengan Tamrin ?!




Arruhul jadeed, fi jasadil ummah..


Pertama kali dengar perkataan keramat itu, tangan dengan lajunya menyelak kamus Bahasa Arab – Bahasa Melayu kepunyaan rakan.

Ohh, ‘tamrin’ itu maksudnya latihan!


Hai mujahid luluh lantakan jiwa pendosa..



Pertama kali menyertai tamrin itu ketika umur masih di awal belasan tahun. Tingkatan dua, aku kira.


Tamrin yang diwajibkan bagi semua ahli batch aku yang baru nak up, kata orang.


Buatnya hanya di sekolah. Tapi effectnya, bagi aku memang cukup untuk buat aku nak join tamrin lagi, dan lagi, dan lagi!


Tapi tamrin yang pertama kali ini yang tinggal hanyalah pengalaman pertama kali makan bersuap menggunakan talam, pertama kali beriadhah menggunakan baju kurung, dan pertama kali dikenalkan dengan Darul Quran.


Kerana rupa-rupanya selepas itu, aku memang ditakdirkan untuk menyertai tamrin yang pelbagai bau dan rasa, dengan pelbagai jenis ibrah dan hadafnya!



Kami petualang mencari kebenaran.. 
Mencari makna serta hakikat manusia..




Tamrin ini kalau waktu di sekolah dulu, aku kira sebagai kem kepimpinan, atau kem bina sakhsiah, atau apa-apa sahaja yang hanya bermain di bulatan itu sahaja.

Pertama kali tamrin ini aku lalui di sekolah. Kali keduanya di Sungai Congkak. Selepas itu buat di sekolah kembali. Kemudian ada juga dibuat di Masjid Bandar TAsik Puteri. Dan jujur, aku tak mampu ingat berapa kali sudah aku sertai tamrin..



Kami berjuang menegakkan kehormatan 
Hidup mulia atau mati sebagai shuhada’..




Aku masih ingat kami mandi-manda di sungai sebagai aktiviti riadhah.

Dan soalan teka-teki yang menguji minda menggunakan batu-batu sungai, dan juga potongan-potongan tali rapia, dan kepingan-kepingan kertas mahjoong nipis, dan air bancuhan yang pelbagai bau dan rasa, wekk!


Aku masih ingat lagi sesi muhasabah diri yang sangat menguji mental.


Malam Muhasabah #1


Malam kami dimulai dengan tawa riang di dalam dewan. Kemudian kami diminta berbincang dalam kumpulan. Mahu mulakan aktiviti minda dan mental, kata abang-abang fasililator.


Kami diminta menutup mata. Tangan saling berpaut pada pinggang rakan di hadapan. Sempat dipesan, jangan lepaskan pautan tangan dari pinggang rakan, dan sentiasa ikut arahan ketua dari dalam kalangan kami yang diberi kepercayaan untuk membuka matanya.

Aku mula berdebar. This is something.

Kami berbekal alquran hakiki 
Meneruskan cita dan risalah para nabi



Langkah kami dimula. Berjalan ala-ala bermain keretapi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Cuma bezanya, dulu-dulu berjalan sambil ketawa, di dalam terang, dan dengan mata terbuka. Kini kami berjalan dengan rasa debar yang menggila, di dalam gelap, dengan mata tertutup pula!


Kami berjalan melangkah keluar dewan. Sekejap belok ke sana, sekejap lompat longkang sini. Sekejap-sekejap kami disuruh melaungkan takbir sekuat hati. Dan sekejap-sekejap pula kami disuruh beristighfar di dalam hati. Dan suara saling bertingkah dengan arahan ketua, dan juga laungan takbir dan nyanyian lagu tema dari ‘keretapi-keretapi’ yang lain.


Lama kelamaan kami mula rasakan gangguannya.


Kakak-kakak fasililator mula menarik kami dengan kasarnya supaya berpisah daripada ‘keretapi’ kami. Dan arahan ketua makin lama makin tidak teratur dan berubah. Pernah juga, tersilap mendengar arahan dari ketua ‘keretapi’ yang lain.


Suasana gelap makin dirasakan. Malam makin hening. Cuaca semakin sejuk. Desah nafas resah dari rakan-rakan semakin jelas kedengaran. Oleh kerana aku poyo, maka memang aku tahan dari menzahirkan rasa hati aku.


Kemudian tiba-tiba arahan ketua sudah hilang! Kami terpecah dari ahli kumpulan yang lain!


Suasana panic memang jelas kami rasai.


Kami sandang julukan generasi ghuraba 
Biar saatnya datang kami pimpin dunia



‘’Adik, meh ikut akak.’’ Tiba-tiba satu tangan menarik aku dengan lembut. Aku cuba kenalpasti pemilik suara misteri itu, tapi tangan aku mula ditarik dengan kasar.


‘’Adik, berzikir ingat Allah. Takkan adik mudah-mudah percaya kepada akak ni? Kan arahan nya jelas tadi, dengar arahan ketua sahaja.’’ Suara lain mencelah.


Mula bingung. Tangan aku tak dilepaskan dari rakan di sebelah. Kami tinggal berdua. Dan selepas itu kami cuba menadah telinga mendengar pertelingkahan akak berdua itu.


Akhirnya kami dipisahkan. Mungkin aku waktu itu agak naïf, maka dengan rela hatinya mengikut ajakan kakak itu duduk di bawah pokok renang, sunyi tanpa teman.


‘’Adik berzikir, yakin pada Allah sahaja ya. Akak tinggalkan adik pada Allah.” Dan aku ditinggalkan.
Dalam kekalutan itu (memang keadaan kalut, cuma aku tak pandai nak menggayakan dalam bentuk ayat pula aihh) , kami diarahkan membuka ikatan mata.


Aku gosok mata yang terasa kejap, Subhanallah, kami berada di padang rupanya!



Sempat aku pandang sekeliling, ramai yang berada disini. Ada juga yang baru tiba. Ramai juga yang menangis. Pabila ternampak rakan yang menangis, terus aku teringat bahawa aku langsung tidak menangis, dan lantas aku tersedar bahawa mereka yang susah mengalirkan air mata itu ialah orang yang keras hatinya. Aku cuba rasakan feelnya, tapi hati tetap tak mau menangis. Mahu jumpa budak hingusan yang poyo? Marilah jumpa aku. Sampai ke sudah aku tak menangis malam itu.


Dan malam itu berakhir di situ.


(Ada rakan-rakan yang bercerita, mereka dibawa ke tangki air. Ada juga ditinggalkan di padang rugby berseorangan. Ada yang di-cuci-otak oleh fasi. Ada yang dikutuk dihina dikeji. Ada yang dibawa berjalan-jalan tanpa arah tuju. Mungkin aku antara golongan yang untung, hanya diletak duduk dibawah pokok dan sedar-sedar malam muhasabah sudah berakhir?)



Malam Muhasabah #2

Enam belas tahun. Masjid Bandar Tasik Puteri. Malam yang penat dengan aktiviti yang menjemukan sudah biasa kami lalui..


Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh 
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

...to be continued, biiznillah 

1 comment: