Saturday 6 September 2014

Hanya di Syurga



I am too tired that I don't know how to say.


Bermula dengan AHLAN 1.0 yang sungguh menguji ketahanan.
Lepas menitik air mata petang itu selepas arahan nak juga air sejuk untuk yang lain, memang terbukti badan dah hilang daya. Alhamdulillah semua sahabat sekerja menyejukkan hati, semua dibuat bersama. Terbukti juga bantuan Allah itu sangat dekat, Dia biarkan kami 'rehat' pada malam penutup. Tiada air perlu dibancuh, dan dengan kejamnya membiarkan ikhwah yang selesaikan semuanya. We are so sorry we have had enoughhh.


Disambung pula dengan ziarah ke Paloh.
Allahurabbi. Sungguh aku memang tak mahu pergi langung Paloh tu. Mengenangkan sahabat yang bersungguh nak melawat keluarga angkatnya, aku biarkan tubuh dihentak jalan berlubang dengan hati yang sebu, dada yang sesak dan mata yang basah. Sampai ke sudah aku bercakap dengan janggalnya bila langsung tak dapat faham apa yang dikata keluarga angkatku. KL-Kelantan, not that easy mann. Tapi memanglah, bukan Athiyah namanya kalau pandai beramah mesra dengan orang yang lebih berusia. Balik ke KL dengan sekotak rambutan + dukong + 2 biji cempedak. Semua kawan eksaited. Alhamdulillah, kalau tak memang terbiar busuk buah tu.


Sampai di PASUM.
Meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar bertitle kader dakwah. Tutorial yang terbiar. Test yang tiba-tiba ada. Barang-barang yang belum habis unpack. Kawan-kawan yang banyak ragamnya. Hati yang kerap diganggu resah. Keluarga di rumah yang sentiasa diberi tanda Allah kasih dan cinta ; ujian yang silih berganti. Sehinggakan aku berjanji untuk menginfakkan hujung minggu ini untuk cover balik amanah aku sebagai seorang pelajar ini ; belajar !





Tiba hujung minggu.

Suddenly all the things get worst and more.

Awkward. Frustrated. Bored. Hot.




Ya Allah....

Takk tahu nak cakap macam mana.

Kenapa ramai susah nak faham.
Atau aku yang terlalu mengharap mereka berada di level yang sama dengan aku.
Kenapa takut nak cakap kat depan.
Kenapa takut nak tegur kesalahan kawan.
Kenapa suka biar masalah melarat.
Kenapa suka cakap belakang.
Kenapa suka sebarkan kejahatan orang.
Kenapa cepat sangat terasa.
Kenapa langsung tak matang.
Kenapa suka argue benda remeh temeh.
Kenapa malas solat jemaah di surau.
Kenapa langsung tak cuba jaga hati kawan.
Kenapa suka masam muka.
Kenapa tak suka perbincangan terbuka.
Kenapa tak suka damai.
Kenapa susah nak faham manusia ni beza-beza.

Kenapa?



Aku penat. Tapi dunia bukan untuk berehat !



Alhamdulillah ada usrah.

Alhamdulillah ada jaulah.

Alhamdulillah aku dikurniakan sahabat yang boleh aku berbicara tanpa hipokrit. Nak menangis pun tak malu. Nak bercerita pun aku yakin. Sungguh aku bersyukur.




Ada sebabnya kenapa chromatin waktu interphase tak teratur susunannya ibarat mee maggi dalam mangkuk sedangkan sewaktu division, chromatin akan membentuk X yang lebih mudah diurus.

Sedangkan sekecil-kecil benda dalam tubuh ni pun ada sebab dan hikmah atas apa yang berlaku, maka kenapa aku si sebaik-sebaik ciptaan perlu mengeluh atas ujian yang sebenarnya menguatkan?




Ya Allah, kuatkan aku..kuatkan kami...




Penat..tapi rehat sungguh hanya di syurga...








1 comment:

  1. kuat sis.yup, dunia bukan tempat berehat.fighting maa

    ReplyDelete