Tuesday 13 May 2014

I Simply Love Everything. Almost Everything.





Perkara yang paling aku pasti aku suka ialah
membaca buku.
Sampai satu tahap,
ia bukan lagi satu hobi,
tapi suatu obsesi.
Walau sedang dalam mood exam.
Atau sibuk dengan program itu program ini.
Dalam ktm atau bas.
Genre aksi atau komedi.
Romantis atau patriotik.
Sendiri atau dalam masyarakat.
Buku dalam helaian atau di alam maya.
Semuanya aku suka.
Its an obsesi, awfully.





Aku juga suka mewarna.
Aku suka buat ton warna.
Aku suka krayon.Warna air.
Aku suka pensel kayu.
Pen-pen warna warni stabilo.
Aku suka semua warna.
Ungu gelap. Hijau lemon. Oren. Biru turqoise.
Semua.
Kecuali blueblack, itu warna hipokrit bagi aku.
Aku suka terjemahkan kecantikan dalam bentuk warna.
Aku suka bila semua warna digabungkan.
Pelangi. Warna-warni. Cantik dan ceria.
Tapi aku pun suka bila cuma ada satu warna, plain.
Kosong tanpa nada. Jujur dan..polos.
Hitam. Atau putih. Atau merah jambu.
Aku suka juga bila ada dua warna digabungkan.
Oren dan hijau lemon. Atau ungu dan kuning emas.
Nampak serasi dan harmoni. Tiada sengketa.

Aku juga suka menconteng.
Ohh, sebenarnya ada dua.
Melukis dan menulis.
Aku suka conteng pada buku nota. 
Atau buku teks. Atau buku latihan.
Bila-bila masa yang aku rasa aku terperangkap 
dalam perasaan sendiri.
Dan masa-masa yang aku rasa orang tak akan faham aku.
Aku akan 'conteng'.
Mungkin aku akan lukis wajah orang.
Tanpa hidung dan mulut.
Aku juga selalu lukis benda abstrak. 
Benda yang aku sendiri tak faham.
As in, aku tak faham perasaan aku waktu itu. Hee.
Aku juga selalu menulis.
Puisi. Atau mungkin sajak.
Aku ada beberapa koleksi cerpen yang tak habis.
Tak akan habis, aku kira.

Aku suka jadi The Helper.
Tukang angkat-angkat barang, atau runner.
Aku akan abaikan semua kekusutan yang orang atas rasa,
dan buat kerja aku secepat dan seceria mungkin.
Aku juga suka jadi The Thinker.
Waktu mesyuarat, aku sedaya upaya keluarkan idea aku.
Biarlah tidak logik pun, asal aku bersuara.
Diterima atau tak, aku jarang ambil pusing sebenarnya.
Aku juga suka jadi The Organizer.
Aku akan cuba realisasikan apa yang kami sama-sama impikan,
dan cuba sedaya upaya bekerjasama dengan yang lain.
Tapi bila gagal, aku percaya pada peluang kedua.
Dan hakikat bahawa aku sedang belajar.
Kegagalan bukan suatu dosa.

Aku suka duduk menikmati angin di tepi pantai.
Angin yang kuat. Pasir yang putih. 
Dan batu yang besar.Tudung terbang-terbang. 
Hoyeah ! Rasa bebas, gituh !
Aku suka juga berada di air terjun.
Sejuk. Tenang. Aman damai.
Hijau dan gelap. 
Celup kaki dalam air, allahuakbar!
Terus terbayang syurga yang dijanjikan sungai mengalir dibawahnya.
Aku suka jalan-jalan di Mall.
Mana-mana Mall. Tengok barang. Tengok orang.
Rasa kek free. Sembur minyak wangi.
Belek buku baru. Dan barang kraftangan.
Main-main di eskelator.
Aku juga suka duduk sendirian dalam bilik.
Buka lagu. Sambil baca buku. Dan kopi panas.
Lupa dunia luar. Lupa masalah yang menggunung.
Escapism.


Harry Potter


Aku suka tengok cerita zaman dahulu kala.
Zaman berpedang dan zaman berkuda.
Istana. Benteng kota. Cinta terhalang.
Mungkin Disney. Hingga sirah nabi.
Buat aku rasa fresh, dan hakikat bahawasanya
kehidupan bukan tiba-tiba muncul ketika aku lahir
sehingga aku ditarik nyawa.
Aku suka kisah kekeluargaan Hindustan.
Dan kisah dongeng Indonesia.
Dan kisah cinta Korea.
Dan kisah mistik milik Barat.
Dan kisah samurai Jepun.
Dan kisah hantu Thailand.
Movie. I love movies.

Aku boleh bertahan dengan banyak orang.
Orang yang malas pergi meeting
sampai wajib ketuk pintu dan tarik tangannya.
Orang yang banyak mengeluh dalam hidupnya.
Orang yang over confident.
Orang yang banyak cakapnya.
Orang yang suka salah tafsir riak muka aku.
Orang yang hipokrit.
Orang yang banyak berkorban untuk orang kelilingnya.
Orang yang tidak pernah mengingat aku.
Orang yang buat muka tak tahu bila menyaksikan kesusahan hidup aku.
Orang yang senyap, tiada bicara.
Introvert. Atau extrovet.
Yeah, I'm both.
Aku suka semua. Sekurang-kurangnya aku tau,
aku bukan keseorangan di atas dunia menipu ini.

Aku suka bila bercanggah pendapat.
Dan masing-masing bertindak mempertahankan
hujah masing-masing.
Itu waktu untuk membina keyakinan,
dan memerah otak memikir.
Percanggahan pendapat itu biasa.
Bagi aku, itu proses normal dalam kehidupan.
Dan aku tidak menolak perdebatan
sebagai salah satu jalan pembelajaran.



Aku suka banyak benda.
Hampir semua.



Kecuali ketika berseorangan ketika hujan lebat.
Atau luka dan darah.
Atau menaiki roller coaster.
Atau orang yang fail common sense.
Atau buku tak membina.
Atau koridor yang kotor.
Atau ahli kumpulan yang tidak bekerjasama.
Atau diri sendiri ketika iman menurun.



Selain dari yang itu, 
aku suka semua.
Hampir semua.




No comments:

Post a Comment