Saturday 7 June 2014

Manusia



Hei manusia !
Kau tak ingat ke sebelum ni kita langsung tak wujud?
Tak wujud yang mustahil langsung untuk disebut?
Kau tahu kenapa kita diciptakan dapat mendengar dan melihat?
Sebab Dia nak uji dengan perintah dan larangan !

Kau tahu,
kita sentiasa diberi pilihan,
baik atau buruk.
Yang baik tempatnya baik,
sebagai tanda amal diterima.
yang buruk tempatnya pun buruk.
Tanda apa? Tanda Dia tidak menerima !

Hei manusia !
Terlupa ke Dia ada turunkan arahan dan hikmah dalam kitab-Nya?
Patuh semua arahan-Nya dalam tu.
Dan kalau dah tak tahan pun, Dia tetap suruh sabar !
Dia tetap larang kita dari ikut jalan orang yang berdosa dan kufur !
Sebab apa?
Sebab orang yang kufur tu tak ingat hari pembalasan pun !
Sebab orang yang kafir tu hanyut dalam permainan dunia
dan lupakan Dia dan hari yang dijanjikan-Nya !
Sedangkan kau tahu, Dia yang cipta kita.
Dia yang kuatkan sendi kita.
Dan kalau dia nak padamkan kita
dan ganti dengan sesuatu yang lebih baik pun Dia mampu lah !

Kenapa? Tak percaya?

Hei manusia..
Ketahuilah bahawa ini adalah peringatan..
Sesiapa yang menginginkan Tuhannya, pasti dia mencari jalan..

Tapi ingat..
Kita takkan mampu menempuh jalan menuju Tuhan
kalau Tuhan itu sendiri tidak mahu kita..

Kerana Dia itu-lah yang lebih tahu dan bijaksana..
Dan Dia memasukkan orang yang Dia kehendaki dalam kasih sayang-Nya..
Dan orang yang zalim itu baginya azab yang pedih..

[76]

Dan sesungguhnya... aku adalah manusia.

No comments:

Post a Comment