Tuesday 22 April 2014

From Queensland With Love #1



“Assalamualaikum, Al !!” Tangan automatic menjauhkan gagang dari telinga.

“Astaghfirullahal’azim. Salsabila !! Waalaikumussalam. Tak perlu jerit kot aku rasa ! Berdesing suara kau!”

“Haha. Sihat?”

“Alhamdulillah. Lebih sihat berbanding biasa bila kau tiada depan mata.”

“Ahh kau. Rindu cakap jelah.”

“Kalau aku rindu, aku akan cakap. Kau jangan susah hati. Ehmmm. Sihat?”

“Sihat je. Aku makin cuak ni. Berapa minggu je lagi aku akan terbang.”

“Ohh. Untunglah orang tu terbang, kann..” Nada jauh hati.

“Ala engkau. Tak sudah sudah itu yang diulangnya.”

“Haha. So, apa cerita ni?”

“Al.. Kau datang tengok aku tak nanti?”

“Bila?”

“Pagi 22 Mac.”

“InsyaALlah,.. Kalau tiada aral melintang.. Kalau umur masih panjang.. Aku datang..”

“Al..”

“Apaa? Aku tau, kau telefon bukan semata-mata nak tanya aku benda ni..”

“Al..”

“Eh eh minah ni. Amende?”

“Budak tu..”

“Dah agak dah. Apa dia nak?”

“Dia..”

“..nak minang kau?”

“All..” Suara merengek. Aku gelak.

“Haha. Apa yang susahnya. Dia suka kau. Kau suka dia. Terima je lah.”

“Al..senangnya kau cakap..”

“Kalau aku jadi kau, aku tak terima dia.”

“Kenapa?” Suara Salsabila jadi cuak.

“Haha. Sebab, dia suka kau!” Aku gelak. Salsabila ikut gelak sama.

“Aku macam dah takde sebab nak tolak dia..”

“..aku tau. Kereta dah ada. Rumah bakal ada. Bab foundation in faith ni, aku percaya dia dah matang bab ni..”

“Hmm.. Kau rasa dia ok ke? Kau kenal dia kan?”

“Aku kenal dia, insyaAllah. Jangan risau, Sal. Aku yakin dia mampu. Cuma ingat balik Sal.. Buat kerana siapa..”

“..kerana Allah..”

“Good girl.. Kau dah istikharah.. Kau pun dah istisyarah.. Yakin dengan keputusan ini.. Ini kehendak Allah, kan..”

“Hmm.”

“Ahh aku pasti ini kehendak kau jugak..”

Salsabila gelak sakan.

“Tapi kan Al..”

“Apa dia lagi?”

“Kita baru 19 kot !”

“Ala kau ni. Bukannya nikah sekarang kan? Ke kau dah tak sabar dah?”

“Al Faqihahhh….. !!!!”

Aku gelak. Telefon sekali lagi aku jauhkan dari telinga.




Kita ingin membina individu muslim, rumahtangga muslim,bangsa muslim dan kerajaan islam. Kita ingin membina sebuah Negara yang dapat memimpin Negara-negara islam, sebuah Negara yang dapat merangkumi semua umat islam, dapat mengembalikan keagungan umat islam, dapat mengembalikan tanahair mereka yang telah dirampas. Setelah itu kita mengharapkan Negara yang diidam-idamkan ini akan dapat menjulang panji-panji jihad dan dakwah sehinggalah dunia akan mengecap kebahagiaan daripada ajaran-ajaran islam.- Apa Ertinya Saya menganut Islam by Fathi Yakan ms 157 (Tugas Dan Tanggungjawab Gerakan Islam)




No comments:

Post a Comment